Unai Emery Meminta Dana Tambahan Dari Arsenal Untuk Dapatkan Wilfried Zaha!




Pengurus Arsenal Unai Emery telah meminta dana tambahan dari pihak atasan kelab untuk menandatangani penyerang Crystal Palace Wilfried Zaha musim panas ini.
Kegagalan The Gunners untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara untuk musim ketiga berturut-turut menyaksikan Emery hanya diberikan dana sebanyak £ 45 juta untuk dihabiskan musim panas ini. 
Pengurus Sepanyol itu telah diberitahu bahawa dia boleh menambah bajet itu dengan penjualan pemain dan dia sedang mempertimbangkan untuk melepaskan Mesut Ozil untuk tujuan penambahan dana. 
Zaha, 26 tahun, telah memberitahu Crystal Palace bahawa dia mahukan perpindahan keluar musim panas ini walaupun dia berharap untuk menyertai kelab yang beraksi di Liga Juara-Juara.
Walau bagaimanapun bekas pemain sayap Manchester United itu, yang merupakan peminat Arsenal sejak kecil, akan terbuka untuk perpindahan ke Emirates. 
Palace akan memahami akan hasrat Zaha dan akan membenarkan dia untuk berpindah dengan harga yang tepat musim panas ini tetapi tidak mahu melepaskan Aaron Wan-Bissaka pada masa yang sama. 
Itu bermakna Arsenal perlu bertindak cepat untuk perpindahan bagi Zaha memandangkan pemain pertahanan itu semakin hampir untuk menyertai Manchester United dan menurut laporan The Sun, Emery telah meminta dana tambahan untuk membiayai perpindahan itu.
Zaha kini berada dalam pertandingan African Cup of Nation (AFCON) bersama Ivory Coast dan akan menangguhkan keputusan mengenai masa depannya sehingga tamat kejohanan itu. 
Emery berminat untuk menandatangani pemain penyerang yang serba boleh dengan Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette ingin bermain sebagai penyerang tengah. 
Terdapat ruang untuk bajet bayaran gaji bagi Arsenal selepas pemergian pemain seperti Aaron Ramsey, Danny Welbeck dan Stephan Lichtsteiner.