Sir Alex Ferguson Menyatakan Keputusan Yang Dia Ambil Untuk United Yang Dia Kesali Sehingga Hari Ini!




Bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson telah menyatakan keputusan yang dibuatnya selama sedekad yang lalu yang masih mengganggu fikirannya. 
The Scot telah memenangi 13 kejuaraan Liga Perdana Inggeris bersama The Red Devils dan dua kali menjulang trofi Liga Juara-Juara, namun ia merupakan isu pemilihan pemain dalam perlawanan akhir Eropah yang telah bermain di fikiran Ferguson sejak itu. 
United berjaya layak ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada tahun 2008, menghadapi Chelsea di Stadion Luzhniki di Moscow dan Ferguson berhadapan dengan isu pemilihan pemain untuk skuadnya bagi mempamerkan persembahan yang terbaik. 
Dengan pilihan yang banyak di Old Trafford, dia memilih untuk meninggalkan Park Ji-sung keluar dari pasukan, bukan sahaja dalam kesebelasan utama, tetapi juga skuad secara keseluruhannya, meskipun bintang Korea Selatan itu memulakan perlawanan untuk kedua-dua perlawanan separuh akhir menentang Barcelona. 
Ia adalah keputusan yang sukar yang perlu dibuat oleh Ferguson dan sesuatu yang dia masih terasa buruk selepas hampir 11 tahun kemudian.
"Untuk memenangi Piala Eropah adalah hebat," Ferguson memberitahu MUTV. "Ia adalah satu kumpulan pemain yang hebat yang mempunyai sikap yang hebat tentang diri mereka dan skuad yang baik dan kuat.
"Masalah saya dalam perlawanan akhir 2008, yang mungkin saya kesali sehingga hari ini, saya meninggalkan Park Ji-sung sepenuhnya dari perlawanan akhir itu.
"Dia telah memainkan peranan yang sangat baik dan itulah masalahnya apabila anda sampai ke peringkat akhir ini. 
"Di Wembley [pada tahun 2011] saya melakukannya kepada Dimitar Berbatov dan penerimaannya adalah sangat teruk. Dia tidak sepatutnya menerima perkara seperti itu. Tiada pemain yang patut disisihkan dari perlawanan akhir. 
"Itulah sebabnya kami berusaha keras dalam seminar-seminar Eropah ini dengan jurulatih cuba untuk mendapatkan 11 pertukaran pada perlawanan akhir.
"Anda telah mempunyai empat atau lima tempart duduk yang akan membuat sumbangan hebat sebaik sahaja dimasukkan."
United memenangi perlawanan akhir di Moscow itu menerusi penentuan sepakan penalti, mengalahkan Chelsea 6-5 selepas sepakan John Terry dan Nicolas Anelka tersasar. 
Park telah membuat sebanyak 205 penampilan untuk Manchester United, menjaringkan 27 gol, memenangi empat Liga Perdana, satu Liga Juara-Juara dan tiga Piala Liga. 
Pemain berusia 38 tahun itu kini bekerja sebagai duta global untuk kelab itu.