Chelsea Hanya Mempunyai TUJUH Hari Lagi Untuk Memutuskan Mengenai Masa Depan Mateo Kovacic!




Chelsea masih belum berbincang bersama Mateo Kovacic mengenai masa depannya di Stamford Bridge dan The Blues kini hanya mempunyai tujuh hari untuk memutuskan sama ada mahu mengekalkan pemain tengah Croatia itu atau tidak.
Bintang Real Madrid itu menyertai Chelsea pada musim panas yang lalu secara pinjaman dan merupakan pemain utama di bawah Maurizio Sarri. 
Walaupun larangan perpindahan untuk dua jendela perpindahan akan dilaksanakan, Chelsea mempunyai pilihan untuk menandatangani Kovacic kerana dia sudah menjadi pemain berdaftar untuk kelab itu. 
Walau bagaimanapun, mereka mesti melakukannya pada 1 Julai ini dan menurut Goal Chelsea masih belum membuat keputusan mengenai masa depan pemain tengah itu.
The Blues boleh menandatangani Kovacic, melanjutkan tempoh pinjamannya atau membiarkan dia kembali ke Madrid. 
Zinedine Zidane menganggap pemain tengah itu tidak menepati apa yang dia inginkan dan dalam usaha untuk mendapatkan pemain tengah Manchester United, Paul Pogba pada musim panas ini.
Tetapi ia masih perlu dilihat sama ada Frank Lampard, yang dijangka akan menjadi pengurus baru Chelsea pada hari-hari yang akan datang, akan mahu untuk mengekalkan kovacic. 
Kovacic, bagi pihaknya, mahu kekal bersama kelab dan menikmati kempen sulungnya di ibu negara Inggeris itu. 
Ketiadaan Ruben Loftus-Cheek dapat meyakinkan Chelsea untuk mengekalkan Kovacic, terutamanya memandangkan larangan perpindahan yang akan berlaku. 
Pemain antarabangsa England itu mengalami kecederaan Achilles sebelum perlawanan akhir Liga Europa dan tidak mungkin akan kembali beraksi sehingga bulan November. 
Chelsea bakal menghadapi Manchester United di Old Trafford pada perlawanan pembukaan musim ini sebelum menghadapi Liverpool dalam pertandingan Piala Super (Super Cup).