Samuel Eto'o Menggesa Mohamed Salah Untuk Tinggalkan Liverpool Dan Sertai Barcelona!




Bekas penyerang Everton dan Chelsea, Samuel Eto'o, menggesa Mohamed Salah untuk menyertai Barcelona berikutan kemenangan 1-0 Mesir ke atas Zimbabwe dalam pertandingan African Cup of Nation (AFCON) pada hari Jumaat lalu.
Eto'o, yang kini bermain untuk kelab Qatar SC, mengkritik corak permainan Mesir dalam kemenangan tersebut dengan mengatakan bahawa rakan sepasukan Salah perlu lebih memberikan sokongan terhadapnya di atas padang.
"Jika Mesir terus bermain seperti itu mereka akan mengalami kesukaran pada perlawanan akan datang," kata Eto'o.
"Pasukan kebangsaan Mesir alami kesukaran, terutama sekali di bahagian serangan, dengan Salah sentiasa jauh daripada penyerang dan itulah sebabnya mengapa dia tidak begitu menonjol dalam perlawanan itu.
"Semua orang menghantar bola kepada Salah, pasukan itu perlu mula bermain sebagai satu unit yang mana perkara itu tidak berlaku."
Salah, yang menjaringkan 71 gol untuk Liverpool sejak menyertai mereka dari Roma dua musim lepas, berjaya membawa pasukan itu memenangi Liga Juara-juara di Madrid awal bulan ini.
Dengan The Reds mensasarkan untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris mereka yang pertama musim depan, Eto'o mempunyai nasihat yang mengejutkan untuk penyerang berusia 27 tahun itu.
Apabila ditanya mengenai peluang untuk menyertai sama ada Real Madrid dan Barcelona - yang pernah diwakili oleh Eto'o - penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Cameroon itu menjawab: "Barcelona adalah sangat sesuai."
"Real memberikan saya peluang untuk meninggalkan Africa tetapi saya tahu gaya permainan Barcelona dan saya fikir ia akan sangat sesuai untuk dia.
"Jika dia mempunyai peluang untuk bermain di Liga terbaik di dunia, dengan Sepanyol adalah salah satu daripadanya, dia perlu menandatangani kontrak bersama Barcelona.
"Mo mempunyai semuanya untuk menjadi salah seorang pemain terbaik di dunia."