Emre Can- "Kami Akan Merindui Ketiadaannya"





Emre Can telah mengatakan bahawa Liverpool akan merindui salah seorang pemain penting dalam pasukan mereka yang akan terlepas sekurang-kurangnya tiga bulan akibat kecederaan iaitu Adam Lallana. Sangat malang bagi Liverpool.

Pemain Inggeris itu mengambil kecederaan paha ketika final Piala Audi menentang Atletico Madrid dan tidak akan bermain untuk Liverpool lagi sehingga musim sejuk.

Can, salah satu pemain Jerman akan mempunyai peluang bermain di pasukan utama Liverpool yang semakin meningkat hasil ketiadaan Lallana, mengatakan bahawa kemahiran yang ada pada pemain berusia 29 tahun itu adalah 'berbeza' dengan pemain tengah Liverpool yang lain - disebabkan oleh kemahiran teknikalnya yang luar biasa dan keupayaan untuk bermain di ruang yang sempit.

"Adam adalah pemain yang sangat penting. Sudah tentu, sebagai pemain tengah kami kini perlu meningkat, semua orang perlu meningkatkan diri, "katanya kepada laman web rasmi.

"Kami mempunyai gaya bermain yang berbeza berbanding Adam tetapi semua orang perlu membuktikan diri masing-masing dan berjuang untuk pasukan.

"Saya berharap dia akan kembali tidak lama lagi. Dia pemain yang hebat. Kita akan merindukannya."

Dengan ketiadaan Lallana dan Coutinho yang juga dijangka dapat diturunkan dan terlibat bersama pasukan untuk perjalanan ke Vicarage Road pada Hari Pembukaan menentang Watford, Can pasti akan memulakan di kesebelasan utama ...

Kecuali jika Jurgen Klopp melakukan sesuatu yang sangat unik, Jordan Henderson akan jadi ketua di trio tengah, bersama pemain Jerman itu dan Gini Wijnaldum.

Pada musim yang lalu, ketiga-tiga pemain ini kurang kreatif apabila diturunkan bersama-sama, tetapi sekarang mereka telah mempunyai sayap iaitu Sadio Mane dan Mo Salah untuk diberikan hantaran yang menarik - jadi harap ia dapat membantu dengan baik.

Can telah menjaringkan 'Goal Of The Season' pada musim lalu ketika bertemu dengan Watford, dan diharapkan dia dapat melakukannya lagi pada perlawanan hari sabtu ini.