Jadon Sancho Akan Ke Old Trafford Jika Paul Pogba Dibenarkan Meninggalkan Manchester United!




Manchester United berkemungkinan akan kembali membuat bidaan untuk perpindahan bernilai £ 100 juta untuk bintang Dortmund, Jadon Sancho sekiranya Paul Pogba benar-benar meninggalkan Old Trafford musim panas ini. 
Sancho, 19 tahun, telah dikenal pasti sebagai sasaran awal Ole Gunnar Solskjaer musim panas ini dengan laporan Metro.co.uk pada bulan Januari lalu mengatakan bahawa dia adalah pilihan utama pengurus Norway itu.
Walau bagaimanapun, prestasi buruk United di akhir musim lalu dilihat telah menamatkan peluang kelab itu untuk menandatangani Sancho kerana mereka tidak lagi boleh menawarkan aksi di Liga Juara-juara. 
United menangguhkan perancangan mereka untuk menandatangani Sancho, dengan mempercayai bahawa peluang mereka akan datang sekali lagi pada musim panas akan datang.
Walau bagaimanapun, Pogba telah mengesahkan bahawa dia mahukan 'cabaran baru' dan kelab itu menghadapi masalah yang serius untuk mengekalkan bintang Perancis itu di Old Trafford. 
United telah berusaha untuk melengkapkan perpindahan untuk Aaron Wan-Bissaka dan dijangka akan mencari pemain tengah yang baru sebaik sahaja perpindahan pertahanan Palace itu berjaya disempurnakan.
Walau bagaimanapun, Forbes mendakwa mereka boleh menghidupkan semula perpindahan untuk Sancho sekiranya Pogba dibenarkan meninggalkan kelab itu. 
United akan kehilangan satu-satunya pemain outfield berkelas dunia mereka iaitu Pogba, begitu juga wajah untuk jenama mereka. 
Sancho akan mengisi beberapa kekosongan yang ditinggalkan oleh Pogba dari aspek komersial dan United akan mampu membayar yuran perpindahan sebanyak £ 100 juta dengan penjualan Pogba dan Romelu Lukaku. 
Lukaku dijangka bakal menyertai Inter Milan, walaupun kelab gergasi Serie A itu sedang bergelut untuk memenuhi harga yang diminta oleh United sebanyak £ 75 juta.