Pemain Sasaran Arsenal, Ryan Fraser Mempersoalkan Harga Yang Ditetapkan Bournemouth Untuk Dirinya!




Ryan Fraser telah muncul sebagai salah satu sasaran utama Arsenal dalam jendela perpindahan musim panas ini tetapi pemain tengah itu mempersoalkan harga yang telah ditetapkan oleh kelab terhadap dirinya. 
Bintang Bournemouth itu dikehendaki oleh pengurus Gunners Unai Emery tetapi bintang Scotland itu menjangkakan Arsenal tidak mampu membayar yuran perpindahannya. 
Pengurus Eddie Howe mahukan sebanyak £ 30 juta bagi pemain berusia 25 tahun itu - satu jumlah bayaran yang melebihi anggaran perpindahan bagi skuad Unai Emery.
Dengan hanya 12 bulan berbaki dalam kontrak semasanya, ia merupakan satu penilaian yang agak tinggi dan Fraser mengakui bahawa dia tidak dapat melihat pasukan manapun mahu membayar jumlah wang tersebut. 
"Secara jujur ​​saya tidak fikir sesiapa akan membayar [£ 30 juta] itu," kata Fraser kepada The Scotsman. "Ianya adalah enam atau tujuh bulan yang lalu di mana kali terakhir kami bercakap mengenai masa depan saya, tetapi tidak pernah sejak itu. Malah pada akhir pertemuan saya bersama pengurus [Eddie Howe], kami tidak bercakap tentang masa depan saya.
"Dia tahu saya tidak bukanlah orang yang boleh bercakap mengenainya. Sekiranya sesuatu berlaku, ia akan berlaku. Sekiranya tidak, maka saya tidak akan menjadi seseorang yang akan betindak. Saya akan terus berusaha sebaik mungkin. Saya terus melakukan perkara seperti yang ditunjukkan di Instagram bahawa saya akan pergi ke suatu tempat dan saya fikir 'Adakah saya?." 
"Saya mempunyai satu tahun lagi baki kontrak bersama Bournemouth. Jika saya berada di sana, saya akan memberikan semua yang saya mampu. Jika saya di tempat lain, saya akan memberikan semua saya mampu. Saya hanya mahu bermain dengan baik, melakukan yang terbaik dan bekerja keras untuk rakan sepasukan saya. "
Fraser mengakui dia gembira dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Dean Court, tetapi menegaskan perpindahan keluar musim panas ini bukanlah satu keutamaan.
"Ianya adalah bagus [untuk dikaitkan dengan kelab besar]," tambahnya. "Tetapi saya hanya salah seorang pemain yang suka untuk bermain bola sepak, di mana sahaja saya berada. Saya tidak pernah memandang terlalu jauh ke hadapan, saya tidak mahu mencuba dan berfikir 'di mana saya akan bermain?'.
"Kerana apabila anda mula berfikir seperti itu, maka anda mungkin akan mula bermain dengan teruk dan tidak menumpukan perhatian di sini dan juga di atas padang. 
"Tidak sekalipun, sejak musim berhenti di Bournemouth, saya fikir 'di manakah saya akan berada musim depan? "Ianya adalah untuk kekal cergas bagi perlawanan Scotland menentang Cyprus dan Belgium dan di mana sahaja saya berada, saya akan berada di sana. Selagi saya menikmati bola sepak saya, itu sahaja yang saya mahukan."