"Man City Akan Merampas Kejuaraan Eropah Dari Tangan Liverpool" - Rodrigo Hernandez




Pembelian rekod termahal Manchester City, Rodrigo, memberi amaran kepada Liverpool bahawa juara Liga Perdana Inggeris itu akan memburu kejuaraan pertama mereka di Eropah tetapi menghormati The Reds sebagai salah satu daripada tiga pasukan terbaik di dunia.
Dengan Liverpool setakat ini baru menandatangani pertahanan tengah muda Belanda Sepp Van den Berg dengan bayaran pendahuluan bernilai £ 1.3 juta, Pep Guardiola mendatangkan pembelian pertamanya musim panas ini dengan mendapatkan Rodrigo dengan bayaran rekod termahal dalam sejarah kelab itu.
City menandatangani bintang Atletico Madrid itu selepas hanya satu musim beraksi di Wanda Metropolitano, tempat di mana The Reds menjulang trofi Liga Juara-juara mereka yang keenam pada bulan Jun lalu, selepas bersetuju untuk membayar klausa pelepasannya bernilai £ 62.6 juta.
Bagaimanapun, selepas diperkenalkan di Etihad, pemain antarabangsa Sepanyol itu menegaskan bahawa City - yang tidak pernah melepasi peringkat suku akhir Liga Juara-juara - berada dalam posisi terbaik untuk merampas kejuaraan dengan hadiah terbesar dalam bola sepak itu dari Anfield tahun depan.
Dia memberitahu Manchester Evening News : "City telah mencapai begitu banyak kejayaan dan apa yang mereka telah menangi di England adalah luar biasa. Saya fikir mereka berada hanya sedikit langkah lagi untuk mendapatkan sesuatu di Eropah.
"Ianya sentiasa menjadi impian saya untuk memenangi Liga Juara-juara dan saya tidak fikir kami berada jauh untuk merealisasikannya."
Pemain berusia 23 tahun itu memberi pujian penuh buat Liverpool dengan dia mengakui bahawa anak buah Jurgen Klopp - termasuk pasukan barunya- adalah salah satu daripada tiga pasukan terbaik di dunia.
Dia berkata : "Saya telah melihat pasukan ini untuk empat atau lima tahun. Mereka menandatangani pemain seperti David Silva, Sergio Aguero dan Kevin De Bruyne, tetapi ianya juga adalah disebabkan cara mereka bermain, kejuaraan mereka.
"Saya sukakan bola sepak ini jadi saya banyak menonton perlawanan City dan belajar. Saya tidak menonton begitu banyak perlawanan bola sepak, tetapi di England saya cuba untuk menonton perlawanan Manchester City.
"Sejak ketibaan Pep, ianya satu perubahan radikal terhadap cara City bermain.
"Mereka menjadi salah satu pasukan yang digeruni di Eropah, City tidak hanya memainkan bola sepak yang menarik, mereka boleh mengecewakan anda di dalam kotak penalti dan menjaringkan gol.
"Mereka menerima penghormatan yang tinggi di England dan di Eropah. Saya fikir City adalah antara dua atau tiga pasukan terbaik di dunia.
"Mereka malah membuat pasukan yang baik akan mengubah cara mereka bermain apabila mereka menentang City dan itu adalah satu indikasi yang baik."
Ditanya siapa pasukan yang berada dalam senarai tiga pasukan terbaik itu, Rodri menambah: "Saya memilih untuk bercakap lebih tentang City tetapi bola sepak adalah berkaitan dengan pendapat.
"Liverpoo telah memenangi Liga Juara-juara, anda perlu mengatakan bahawa mereka tergolong dalam pasukan itu."