'Permulaan Yang Sukar, Tapi Kini Saya Adalah Sebahagian Watak Penting Buat Liverpool' - Fabinho




Fabinho telah mengimbau kembali musim pertamanya di Liverpool, dengan mengatakan bahawa kempen cemerlangnya di Anfield itu adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan.
Pembelian bernilai £ 40 juta dari Monaco itu pada mulanya agak sukar untuk memasuki kesebelasan utama di bawah Jurgen Klopp dan tidak membuat sebarang penampilan dalam aksi Liga Perdana Inggeris sehingga akhir Oktober dalam kemenangan 4-1 ke atas Cardiff City.
Selepas berjaya melangkah masuk ke skuad utama, Fabinho menamatkan musim dengan membuat 41 penampilan untuk The Reds dalam semua pertandingan termasuk dalam kemenangan 2-0 kepada Tottenham di perlawanan akhir Liga Juara-juara.
Penampilan pemain tengah pertahanan itu juga sekaligus menyaksikan Jordan Henderson bergerak lebih ke hadapan sebagai pemain 'box-to-box' dalam beberapa bulan terakhir dan bintang Brazil itu lebih daripada gembira atas usaha yang dilakukannya.
Pemain berusia 25 tahun itu mengakui bahawa ianya sukar untuk menyesuaikan diri pada mulanya, tetapi percaya dia kini adalah watak penting dalam skuad yang berjaya memenangi Liga Juara-juara buat kali keenam.
"Secara keseluruhannya saya fikir, ia adalah musim panas yang baik," dia beritahu Liverpoolfc.com. "Dalam musim pertama saya, saya tahu ia akan jadi fasa pembelajaran dan menyesuaikan diri. Saya berjaya melepasi fasa ini.
"Ia tidak kekal lama tetapi saya ingat ia bukan sesuatu yang mudah untuk permulaan yang baru, saya disisihkan untuk beberapa perlawanan. 
"Walaupun saya beritahu diri saya bahawa saya perlu bekerja keras dan bersabar, ianya bukan mudah disisihkan dari pasukan. Tapi ia sudah berlalu, saya mula bermain dengan banyak.
"Semakin banyak anda bermain, semakin anda menikmati bola sepak anda. Saya fikir saya telah menjadi sebahagian penting dalam pasukan, saya memberikan pengurus pilihan lain yang boleh dia gunakan.
"Jadi saya rasa ia adalah musim yang sangat baik."
Kunci kejayaan Fabinho dalam menyesuaikan diri untuk kehidupannya di Anfield adalah disebabkan hubungannya bersama Sadio Mane, dengan kedua-dua bintang Reds itu mampu bercakap dalam bahasa Perancis, dan bekas bintang Monaco itu menyatakan kepentingan penjaring 26 gol musim lepas itu kepada cara Klopp mahu bermain.
Dia menambah: "Sadio Mane secara semulajadinya merupakan pemain yang menarik, tidak ada rasa kepenatan, bermain dalam setiap perlawanan dengan intensiti dan fokus yang tinggi.
"Kebolehan teknikalnya tidak dapat dinafikan, dia sentiasa membuat perbezaan untuk kami. 
"Dia pemain yang sempurna - dia memberikan anda pilihan sama ada melakukan hantaran rendah atau tinggi, dia menyumbang kepada pergerakan dan juga mencipta permainan.
"Dia pemain yang hebat dalam prestasi yang terbaik, yang mana ia sangat penting untuk keyakinannya.
"Di luar padang, saya lebih banyak bercakap dengan dia kerana kami berdua boleh bercakap dalam bahasa Perancis, bahasa Perancis saya masih lebih baik dari bahasa Inggeris.
"Dia individu yang hebat. Sadia adalah pemain yang sangat penting untuk kami musim ini."