Bekas Bintang Chelsea Menggesa Harry Maguire Memilih Perpindahan Ke Man City Berbanding Ke Man United!




Manchester United dan Manchester City sedang bersaing bagi mendapatkan tandatangan Harry Maguire dari Leicester City pada musim panas ini dan Craig Burley percaya terdapat pilihan yang jelas untuk membuat pemain pertahanan England itu. 
Pemain berusia 26 tahun itu telah menarik perhatian banyak kelab besar atas prestasinya yang hebat bersama kelab dan negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan dijangka akan membuat perpindahan dengan nilai besar pada musim panas ini. 
The Red Devils dan juga juara bertahan Liga Perdana Inggeris bersaing untuk menandatanganinya, tetapi bekas pemain tengah Chelsea, Burley menganggap ia bukanlah satu keputusan yang sukar bagi pemain tengah itu untuk dibuat.
"Maguire akan pergi ke Man City jika dia mempunyai otak dan mereka mahukan dia. 100 peratus," kata Burley kepada ESPN FC. 
"Dan saya rasa Man City mahukan dia kerana Kompany telah pergi. Otamendi, saya tidak tahu jika dia masih ada musim depan tetapi dia tidak akan bermain banyak. John Stones pula mengalami kesukaran.
"Jika saya adalah Harry Maguire dan saya mempunyai pilihan, saya akan berpindah ke Man City dan bermain untuk mereka berbanding Man United. 100 peratus. Kenapa tidak kamu?"
Mana-mana pasukan Manchester yang bakal dipilih oleh Maguire, perjanjian itu akan menjadi satu perjanjian yang sangat mahal, dengan Leicester mahukan sekitar £ 90 juta untuk pemain pertahanan mereka itu. 
United dilaporkan bersedia untuk memenuhi tuntutan tersebut, sementara City tidak pernah menolak untuk mengeluarkan dana yang besar untuk pemain yang mereka inginkan.
Burley berpendapat bahawa jika mana-mana kelab mampu membayar sekitar £ 80juta - £ 90juta untuk Maguire maka ia adalah normal dalam pasaran perpindahan masa kini. 
"Saya tidak mengatakan [Maguire] adalah yang terbaik di posisi pertahanan tengah Eropah, [Kalidou] Koulibaly mungkin pemain pertahanan yang lebih baik, tidak syak lagi tentang itu, tetapi berapa ramai pemain yang bersedia untuk berrmain dengan cara permainan City sebagai pertahanan tengah? Tidak banyak. 
"Dia akan keluar dengan bola, dia akan menghantar bola, dia akan mengambilnya di bawah tekanan, dia mempunyai keupayaan fizikal yang baik, dia bermain di perlawanan separuh akhir Piala Dunia, dia masih mempunyai perjalanan yang panjang. 
"Ia bukan salahnya jika mereka mahukan £ 80juta untuk dirinya, ia hanyalah pasaran. Pasaran perpindahan adalah tidak munasabah."