Ole Gunnar Solskjaer Mahukan Eric Dier Untuk Gantikan Nemanja Matic!




Eric Dier sekali lagi berada dalam radar Manchester United dengan kelab itu kelihatan mahu membawa masuk pemain tengah yang baru musim panas ini di tengah-tengah keraguan terhadap Nemanja Matic. 
Ole Gunnar Solskjaer sedang berusaha untuk membaik pulih skuadnya ketika rehat musim panas ini khususnya di bahagian tengah mereka yang memerlukan penambahbaikan selepas Ander Herrera memilih untuk meninggalkan kelab itu secara percuma. 
Tetapi, bukan untuk mencari pengganti bagi bintang Sepanyol itu,The Times melaporkan bahawa United mahu mencari penambahbaikan ke atas posisi tengah pertahanan yang dimainkan oleh Matic.
Prestasi pemain Serbia itu telah merosot sejak dua musim yang lalu, sementara dia hanya bermain dalam lima daripada 12 perlawanan terakhir United dalam Liga Perdana Inggeris musim ini. 
Dia akan berusia 31 tahun pada bulan Ogos ini dan dia tidak begitu sesuai dengan permainan laju, free-flowing, dan high-pressing football yang dimahukan oleh Solskjaer untuk dimainkan oleh pasukannya.
Pemain tengah West Ham Declan Rice telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford, tetapi Dier juga dalam berada dalam senarai calon yang telah dibincangkan oleh United. 
Tottenham dijangka lebih terbuka untuk menjual Dier berbanding West Ham melepaskan Rice, dan dia sebelum ini pernah menjadi sasaran United ketika Jose Mourinho masih bertanggungjawab - walaupun pada akhirnya mereka menandatangani Matic.
Meskipun United juga turut mempertimbangkan untuk dapatkan Sean Longstaff dari Newcastle, dia dilihat sebagai pemain yang dibawa masuk untuk masa depan dan bukannya seseorang yang boleh terus diserap masuk dan menyingkirkan Matic dari kesebelasan utama. 
Selain mengukuhkan posisi bahagian tengah mereka, United juga mahukan lebih banyak kreativiti dari bahagian tengah - terutamanya dengan Juan Mata berkemungkinan mengikuti jejak Herrera untuk keluar dari United- dengan menyenaraikan kedua-duanya pemain tengah dari Sporting, Bruno Fernandes dan bintang Atletico Madrid, Saul Niguez dalam senarai pendek mereka.