"Jika Boleh Memilih, Saya Pilih Bermain Untuk Liverpool" - Domenico Berardi




Pemain sayap Itali, Domenico Berardi telah menimbulkan isu 'datang dan dapatkan saya' kepada pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dengan dia mendedahkan bahawa dia akan 'memilih bermain untuk Liverpool'.
Berardi kini bermain bersama Sassuolo di Serie A dan menjadi salah satu prospek panas dalam jendela perpindahan musim panas ini.
AC Milan dikatakan sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan penyerang tersebut, yang telah menjaringkan 8 gol musim lalu dan telah mempunyai lima penampilan bersam skuad kebangsaan.
Dia akan terbuka untuk perpindahan tetapi mengakui bahawa dia akan mempertimbangkan untuk menyertai pasukan yang bermain di Liga Juara-juara.
Dan pemain berusia 24 tahun itu mengatakan Liverpool mungkin menjadi pilihan pertamanya jika dia memilih untuk meninggalkan kelabnya itu.
"Jika terdapat tawaran, sama ada ia datang dari Milan atau mana-mana kelab lain, saya akan menilainya bersama kelab saya," katanya.
"Dan jika saya mendengar tawaran yang tepat, untuk dibawa menaiki penerbangan, kali ini saya akan mengatakan kepada Sassuolo : 'saya akan mengambilnya'.
"Jika boleh memilih, saya akan memilih bermain untuk Liverpool. Perubahan akan menjadi sukar buat saya, tetapi itu tidak lagi menakutkan saya, saya akan melakukannya.
"Sasaran seterusnya adalah untuk bermain di Eropah, tetapi bersama kelab yang akan selalu memainkan saya. Itu adalah keutamaan saya."
Liverpool dilihat akan memasuki pasaran perpindahan musim panas ini dan mencari penyerang baru adalah sasaran utama bagi Klopp.
Terbaru mereka telahpun melepaskan Daniel Sturridge musim panas ini dan itu memerlukan pengganti.
Bintang Lyon, Nabil Fekir yang mampu bermain di kesemua posisi bahagian hadapan atau di bahagian tengah difahamkan berada dalam senarai utama mereka.
Fekir hampir melengkapkan perpindahannya ke Anfield musim panas yang lalu tetapi terpaksa dibatalkan akibat kegagalan di bahagian pemeriksaan kesihatan.
Ia difahamkan Liverpool akan sekali lagi datang dengan tawaran yang lain dan presiden Lyon, Jean-Michel Aulas baru-baru ini menjangkakan bahawa bintang mereka itu akan pergi musim panas ini.
"Terima kasih buat Nabil kerana memberikan apa yang sepatutnya dia berikan," katanya. "Kami akan memahaminya untuk membenarkan dia pergi."
Lyon juga menghadapi kesukaran untuk menghalang pemain utama mereka seperti Tanguy Ndombele, Ferland Mendy, Moussa Dembele dan Memphis Depay.
Bekas penyerang Manchester United Memphis Depay turut dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool.