'No-Look Goal' Dari Roberto Firmino Bantu Brazil Benam Peru 5-0!




Roberto Firmino menambah satu lagi gaya sensasi 'no-look goal'  ke dalam koleksinya yang semakin meningkat ketika Brazil mendahului Peru pada babak pertama pertandingan Copa America pada hari Sabtu. 
Kedua-dua pasukan itu berhadapan di Sao Paulo untuk menentukan siapa yang akan menjuarai Kumpulan A, dengan Selecao dikejutkan dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Venezuela. 
Tetapi mereka tidak mengalami begitu banyak masalah ketika menentang Peru, mendahului seawal minit ke-12 selepas Casemiro menanduk kemas sepakan sudut dari Philippe Coutinho ke gawang gol Peru.
Tujuh minit kemudian, Firmino menunjukkan kedua-dua ciri istimewanya - ketenangan dan bakat - untuk menjaringkan gol yang benar-benar tidak masuk akal. 
Pemain Brazil itu bergegas untuk menutup penjaga gol Peru, Pedro Gallese dan berjaya menghalang hantaran yang cuba dikeluarkannya, dengan bola itu kembali melepasi penjaga gol tersebut dan terkena tiang.
Firmino bertindak balas dengan pantas, mendapatkan bola itu, melepasi Gallese dengan tenang dan kemudian menyepak masuk bola ke dalam gawang gol sambil memandang ke tempat lain menyaksikan pertahanan Peru tidak mampu berbuat apa-apa.
Brazil kemudian terus menambah jumlah jaringan menerusi Everton Soares yang melepaskan rembatan yang melepasi tepi tiang gol, dan seterusnya gol di babak kedua perlawanan dari Dani Alves dan Willian menyaksikan Brazil menang mudah 5-0.
Bercakap mengenai gaya jaringannya, Firmino memberitahu Bleacher Report awal tahun ini: "Saya masih ingat 'no-look goal' pertama yang saya lakukan untuk Hoffenheim menentang Werder Bremen, saya fikir. Sesuatu seperti itu. 
"Saya berputar dan melepasi penjaga gol. Ia datang secara tiba-tiba; idea itu datang kepada saya. Ia berbahaya, bukan? Anda boleh terlepas sahaja terlepas jaringan. Tetapi setiap kali peluang datang, saya melakukannya."