'Gabungan Virgil Van Dijk Dan Kalidou Koulibaly Di Anfield Akan Timbulkan 'Bencana' Buat Pasukan Lain!' - Carlo Jacomuzzi




Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp diberitahu bahawa menandatangani Kalidou Koulibaly akan menjadi 'bencana' buat musuh mereka dengan mereka berusaha untuk merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim depan dari tangan Manchester City.
The Reds menamatkan musim lalu di tempat kedua meskipun berjaya mencapai rekod mata tertinggi yang kutip oleh kelab iaitu 97 mata dengan Manchester City menjadi pasukan pertama dalam tempoh satu dekad ini untuk memenangi kejuaraan Liga berturut-turut.
Pep Guardiola bertanggungjawab dalam kedua-dua kempen luar biasa City - di mana mereka menjadi pasukan England pertama yang melepasi kutipan 100 mata dalam satu musim - diikuti dengan 98 mata yang mereka kutip untuk menjulang kejuaraan Liga musim ini.
Liverpool mencapai kejayaan dengan menewaskan Tottenham di perlawanan akhir Liga Juara-juara di Madrid mengakhiri tempoh tujuh tahun mereka tanpa mendapatkan sebarang kejuaraan tetapi mereka masih mahukan kejuaraan Liga Perdana, yang mana kali terakhir mereka menanginya adalah pada tahun 1990.
Jurgen Klopp kini berharap kejayaan pertama skuadnya mendapatkan kejuaraan akan memotivasikan mereka melalui musim 2019/2020, tahun di mana mereka terlibat dalam tujuh pertandingan termasuklah UEFA Super Cup, FIFA Club World Cup dan Community Shield.
Dengan pengurus Jerman itu dikaitkan dengan begitu banyak nama untuk memperkuatkan skuadnya, perpindahan yang bakal menelan belanja besar Kalidou Koulibaly turut tersenarai
Meskipun rekod pertahanan Liverpool adalah yang terbaik musim lepas, melepaskan hanya 22 gol dalam 38 perlawanan, hanya dibolosi 10 daripada 12 perlawanan pembukaan, penerbitan Itali II Matino melaporkan bahawa Liverpool telah menghubungi Napoli untuk menandatangani Koulibaly.
Bintang Senegal itu dikatakan antara pertahanan terbaik Eropah sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United dan pemain berusia 28 tahun itu dilaporkan akan menelan perbelanjaan sekitar € 130 juta (£ 116m).
Dan pencari bakat Everton Carlo Jacomuzzi, bekas pengarah sukan Napoli, menegaskan ia akan menjadi 'bencana' buat mana-mana pasukan dalam Liga jika Liverpool mampu membawanya ke Anfield dan digandingkan bersama Virgil Van Dijk.
Pertahanan tengah Belanda itu, yang merupakan pembelian rekod bagi Liverpool sebanyak £ 75 juta 18 bulan yang lalu, telah memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA dan telah dilihat sebagai salah satu yang terbaik di posisinya.
Bercakap kepada Stesen Radio Naples, Radio Kiss Kiss , pencari bakat Jacomuzzi berkata apabila ditanya tentang Koulibaly : "Manchester United terperangkap buat masa ini.
"Man City? Jika Guardiola membuat keputusan, mereka akan beli. Napoli mahukan € 130 juta? Di England, terdapat empat pasukan yang berkemampuan untuk membayar jumlah itu.
"Liverpool? Mereka memenangi begitu banyak ganjaran dari Liga Juara-juara, ganjaran sebagai juara, duit dari persekutuan dan penaja mereka yang membolehkan mereka membeli dua Koulibaly.
"Ia akan menimbulkan bencana buat yang lain, perlu mencari jalan untuk melepasi benteng pertahanan."
Sementara Klopp hanya melalui pasaran perpindahan kali ini dengan agak tenang dengan laporan mengatakan pengurus Jerman itu hanya memerlukan sedikit penambahan ke dalam skuadnya, dia akui dia sanggup berbelanja besar bagi sasaran utama jika dia merasakan itu adalah perlu.
Klopp memberitahu kepada penyiaraan Jerman ZDF, "Liverpool adalah kelab yang sangat bercita-cita tinggi dan jika kami tidak berbelanja jumlah yang sama dibelanjakan pasukan lain, kami tidak akan mampu untuk bersaing.
"Semua orang mengeluarkan wang untuk dibelanjakan, jadi kami juga lakukan perkara yang sama."
Liverpool, bagaimanapun, tidak begitu kelihatan mahu untuk mendapatkan Koulibaly dengan Klopp dikatakan sudah berpuas hati dengan pilihan di posisi pertahanan tengah dengan adanya pemain seperti Van Dijk, Joe Gomez, pemain sasaran  AC Milan Dejan Lovren dan Joel Matip, yang mana kesemuanya bersedia untuk ditawarkan kontrak baru di Anfield.