Maurizio Sarri Rasmi Tinggalkan Chelsea Untuk Menyertai Juventus!




Maurizio Sarri telah meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris Chelsea untuk menyertai juara bertahan Serie A, Juventus. 
Pengurus Itali Sarri telah memimpin Chelsea menjulang kejuaraan Liga Europa dan menduduki tempat ketiga dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu. 
Tetapi dia gagal memikat hati majoriti peminat Chelsea dan kontraknya di Stamford Bridge ditamatkan atas persetujuan bersama. 
Sarri dijangka mengambil alih tugas di Juventus, berikutan perletakan jawatan Massimiliano Allegri pada akhir musim 2018-19.
Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia berkata: "Dalam perbincangan yang kami adakan selepas perlawanan akhir Liga Europa, Maurizio menjelaskan betapa kuat keinginannya untuk kembali ke negara asalnya, dengan menjelaskan alasan untuk kembali bekerja di Itali adalah penting.
"Dia juga percaya penting untuk berada lebih dekat dengan keluarganya, dan untuk kebahagian ibu bapanys yang lebih tua, dia merasakan dia perlu hidup lebih dekat dengan mereka pada ketika ini. 
"Maurizio meninggalkan Chelsea dengan sekalung ucapan terima kasih dari kami semua atas sumbangan yang dilakukannya dan juga para pembantunya selama musim dia bertugas sebagai pengurus di sini, memenangi Liga Europa, membimbing kami ke perlawanan akhir Piala Liga dan mendapatkan tempat ketiga dalam Liga Perdana. 
"Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya mendapatkan peranan yang lebih besar di Serie A dan berharap dia akan mendapatkan yang terbaik untuk masa depannya."
Selain memenangi Liga Europa, Chelsea juga berjaya layak ke perlawanan akhir Piala EFL di bawah Sarri. Mereka ditewaskan oleh Manchester City menerusi sepakan penalti. 

Legenda kelab Frank Lampard adalah calon utama untuk menggantikan Sarri di Stamford Bridge dan bekas pengurus Roberto Di Matteo mengatakan bahawa dia adalah pilihan yang ideal untuk tugas itu.
"Dia pasti adalah orang yang tepat, dia mempunyai keperibadian itu," kata Di Matteo kepada Sky Sports. 

"Saya mengikuti perkembangan Derby musim lalu dan dia bermain bola sepak yang sangat bagus - dia mempunyai semua pengalaman. 

"Dia sangat sesuai, sama ada sekarang atau tidak? Hanya masa yang boleh memberitahu tentang itu. 
 "Anda tidak boleh mengatakan bahawa ia adalah terlalu awal, anda perlu memberi peluang kepada orang lain. Dia mempunyai semua keperluan dan ia akan memberikan banyak kegembiraan buat semua orang jika dia menjadi pengurus seterusnya."