Robert Pires Gesa Paul Pogba Untuk Kekal Di United Kerana Dia Masih Ada Tugas Yang 'Belum Selesai'!




Robert Pires telah menggesa Paul Pogba untuk kekal di Manchester United dan mengatakan pemain sasaran perpindahan Real Madrid itu mempunyai tugas yang 'belum selesai' di Old Trafford. 
Pemenang Piala Dunia Perancis, Paul Pogba sedang hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Madrid, dengan Zinedine Zidane berminat untuk bekerja dengan rakan senegaranya itu di Bernabeu. 
Pada hari Ahad lalu, Pogba mengesahkan untuk pertama kalinya bahawa dia berminat untuk melalui 'cabaran baru' di luar dari Manchester United. 
Tetapi bintang Legenda Arsenal, Pires percaya Pogba harus kekal di United dan cuba membantu The Red Devils memenangi Liga Perdana Inggeris.
"Pandangan saya mengenai Paul Pogba adalah dia seorang pemain yang hebat, tetapi saya juga tahu musim lalu adalah amat sukar bagi dirinya," kata Pires. 
"Banyak orang hanya bercakap mengenai perpindahan kerana Manchester United menghabiskan begitu banyak wang.
"Jadi, itu mungkin sukar bagi dia untuk mengendalikannya, terutama sekali pada permulaannya. Tetapi bagi saya, perkara yang paling penting bagi dia adalah untuk terus kekal di United. 
"Ia adalah salah satu kelab terbaik dan terbesar di dunia - dan dia mempunyai tugas yang belum selesai di sana.
"Sebab mengapa United membelanjakan begitu banyak wang untuk mendapatkannya adalah kerana mereka mempunyai kepercayaan yang begitu banyak terhadap Paul kerana dia boleh menjadi pemimpin sebenar untuk pasukan mereka. 
"Apabila kelab menghabiskan banyak wang seperti ini untuk anda, itu adalah kerana mereka percaya kepada anda. 
"Sebab itulah sangat penting untuk mempunyai perkara ini di kepala anda. Saya tahu Paul sangat bijak mengenai perkara ini.
"Mereka telah melaburkan begitu banyak untuk dia, jadi saya percaya ia sangat penting untuk dia kekal di United dan menunjukkan apa yang mereka tahu dia boleh tunjukkan."