Louis Van Gaal - Kegagalan Barcelona Di Pentas Eropah Adalah Berpunca Dari LIONEL MESSI!




Louis van Gaal percaya Lionel Messi 'bukan pemain berpasukan' dan mengatakan bahawa bintang Argentina itu mesti mempersoalkan mengapa dia gagal memenangi Liga Juara-Juara bersama Barcelona musim ini. 
Messi telah memenangi Liga Juara-Juara sebanyak empat kali sepanjang kerjayanya di Barcelona tetapi pemain berusia 32 tahun itu tidak berjaya menjulang trofi tersebut sejak tahun 2015. 
Pada permulaan peringkat separuh akhir musim ini, Barcelona menjadi pasukan pilihan untuk memenangi pertandingan itu dan berjaya mendapatkan kelebihan 3-0 ke atas Liverpool di Camp Nou. 
Tetapi Barca gagal memanfaatkan kelebihan mereka dan tewas 4-0 di Anfield, yang menyaksikan Liverpool berjaya memenangi pertandingan tersebut untuk kali keenam dalam sejarah mereka. 
Dan Van Gaal percaya Messi adalah sebahagian yang perlu dipersalahkan kurangnya kejayaan Barcelona di Eropah sejak kebelakangan ini.
"Lihatlah Barca, berapa banyak kejuaraan Liga Juara-juara yang mereka menangi dengan pemain yang mereka katakan adalah pemain terbaik di dunia?" Kata Van Gaal dalam temu bual bersama El Pais. 
"Lihat Neymar di PSG. Berapa banyak kejuaraan Liga Juara-juara yang telah mereka menang? 
"Neymar dan Messi adalah pemain yang saya suka secara individu tetapi mereka bukanlah pemain berpasukan.
"Messi perlu bertanya kepada dirinya sendiri mengapa sudah begitu lama sejak kali terakhir dia memenangi Liga Juara-juara. 
"Dia pemain individu terbaik di dunia kerana kehebatannya sangat luar biasa. Saya sangat menyukainya! 
"Tetapi mengapa dia tidak memenangi Liga Juara-Juara dalam tempoh lima tahun? Mengapa? Sebagai kapten, dia harus bertanya mengapa pasukannya tidak menang di Eropah."