Jurulatih Chile Mendedahkan Punca Mengapa Sanchez Alami Kesukaran Di Manchester United!




Alexis Sanchez mengalami kesukaran di Manchester United kerana dia tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan rakan sepasukannya, risau jurulatih Chile, Reinaldo Rueda. 
Bekas penyerang Arsenal itu telah mengalami kejatuhan sejak dia bertukar dari Emirates menuju ke Old Trafford 18 bulan yang lalu, dengan Jose Mourinho atau Ole Gunnar Solskjaer sekalipun gagal utnuk menunjukkan peningkatan dalam persembahannya. 
Sanchez menerima gaji hampir £ 500,000 seminggu, yang telah memberikan kesan dalam percubaan United untuk memperpanjangkan kontrak pemain seperti David de Gea dan Marcus Rashford.
Pemain berusia 30 tahun itu menjaringkan hanya dua gol dalam semua pertandingan untuk United pada musim lalu dan bergelut untuk mengekalkan tahap kecergasannya, mengalami kecederaan hamstring yang serius pada bulan Disember sebelum disisihkan akibat kecederaan pergelangan kaki ketika menentang Huddersfield dalam perlawanan kedua terakhir musim ini.
Sanchez, bagaimanapun, telah kembali menemui sentuhannya di hadapan gol dalam pertandingan Copa America yang berlangsung di Brazil, yang dikelilingi oleh para pemain yang telah memenangi dua edisi terakhir kejohanan itu. 
"Ia tidak mudah untuk dijelaskan, tetapi Alexis telah datang ke sini dan menunjukkan begitu banyak komitmen dan mungkin di Manchester dia tidak mempunyai ikatan emosi yang dimilikinya dengan rakan sepasukannya di sini, kasih sayang itu," kata Rueda pada sidang akhbar. 
"Dia mempunyai nasib yang agak buruk kerana Manchester United menghadapi masalah buat masa ini, jadi dia tidak mempunyai struktur yang dia miliki di sini. Dia juga mengalami kecederaan, dia tidak mempunyai konsistensi, dan dia tidak mempunyai kesinambungan.
"Kami telah melakukan kerja yang cemerlang dengan dia, kami telah memberikannya penerimaan yang hebat, yang dia perlukan. Dia mempunyai hubungan istimewa dengan pasukan dan kumpulan itu sangat menyayanginya. 
"Dia boleh kembali pulih kerana dia adalah penjaring gol semulajadi tetapi dia mempunyai kerisauan selepas alami kecederaan, dia perlu menjaga dirinya sendiri dengan baik dan bernasib baik telah dapat menemui kembali prestasinya."