Risau Kehilangannya Secara Percuma, United Bersedia Memberikan De Gea £ 20 juta Untuk Tinggalkan Old Trafford!




Manchester United bersedia memberikan David de Gea £ 20 juta untuk meninggalkan kelab itu pada musim panas ini, menurut laporan. 
De Gea mempunyai baki satu tahun lagi dalam kontrak semasanya, tetapi United enggan memenuhi tuntutan gaji penjaga gol itu semasa rundingan untuk memperbaharui kontraknya. 
Paris Saint-Germain berminat untuk mendapatkan De Gea dan menurut The Sun United bersedia untuk membayar wang yang besar untuk memaksa penjaga gol Sepanyol itu keluar dari Old Trafford. 
United menjangkakan PSG akan membuat tawaran sekitar £ 60 hingga £ 75 juta untuk De Gea, dan mereka juga akan menerima tawaran yang kurang daripada nilai tersebut.
De Gea boleh untuk membiarkan kontraknya tamat di penghujung musim ini, tetapi United lebih suka mendapatkan bayaran untuk salah seorang penjaga gol terbaik di dunia.
United telah dikaitkan dengan beberapa penjaga gol yang berpotensi untuk menggantikan tempat De Gea, termasuklah Andre Onana dari Ajax, Jasper Cillessen dari Barcelona dan penjaga gol Perancis Mike Maignan. 
Walaupun De Gea dianggap sebagai salah satu penjaga gol terbaik dunia, reputasinya telah melanda jatuh merundum musim lalu selepas melakukan beberapa kesilapan berprofil tinggi.