Fernando Torres: "Steven Gerrard, Pemain Terbaik Yang Pernah Saya Bermain Bersama!"




Fernando Torres menamakan Steven Gerrard sebagai rakan sepasukan terbaik sepanjang kerjayanya dengan bekas penyerang Liverpool mengumumkan persaraannya dari dunia bola sepak.
Selepas membuat pengumuman pada hari Jumaat lalu, pemain berusia 35 tahun itu mengadakan sidang media pada malam hari di mana dia menjelaskan mengenai sebab persaraannya dan mengimbau kembali segala pencapaiannya dalam permainan.
Torres, sudah pasti, menghabiskan tiga tahun setengah bersama The Reds -menjaringkan 81 gol dalam 142 penampilan- dan menunjukkan gandingan yang luar biasa bersama Steven Gerrard, yang bermain di belakang bintang Sepanyol itu di bawah kendalian Rafael Benitez.
Dengan keserasian di antara kedua pemain itu, Gerrard kekal sebagai pemain terbaik dalam senarai pemain yang bergandingan bersama Torres untuk kelab dan negara.
"Saya sentiasa mengatakan bahawa pemain terbaik yang penah saya bermain bersama adalah Steven Gerrard," katanya. "Saya merasakan dia adalah pemain yang menyempurnakan permainan saya. Saya fikir tahap saya meningkat ke satu dimensi yang berbeza apabila saya berada di atas padang bersama dengannya.
"Ianya adalah tiga tahun setengah yang luar biasa untuk bermain bersama Steven dan saya akan sangat gembira untuk kembali ke hari-hari itu - walau hanya seminit."
Torres mengesahkan kerjaya profesionalnya akan berakhir pada 23 Ogos ini, apabila pasukannya, Sagan Tosu, menentang Vissel Kobe dalam Liga Jepun.
"Saya mempunyai keinginan yang tinggi untuk diri saya," kata penyerang itu, yang juga merupakan bekas penyerang Atletico Madrid, Chelsea dan AC Milan.
"Saya sentiasa mahu berlaku jujur dan beraksi pada tahap yang saya fikir saya perlu dan saya fikir masa di mana saya tidak mampu untuk beraksi pada tahap yang saya mahu diri saya lakukan sudah semakin hampir dan saya tidak mahu sampai ke detik itu di mana saya akan masuk ke atas padang dan tidak menikmatinya.
"Saya akan mengakhirinya sebelum ia berlaku. Mengenali dan mendengar pada tubuh badan saya, saya fikir terutama sekali secara mental masa itu tidak begitu jauh dan saya mahu menamatkan kerjaya saya dengan cara yang baik sebelum perkara itu berlaku."