Yakin Lebih Banyak Kejayaan Yang Akan Datang, Van Dijk Mahu Pujian Diberi Untuk Semua Rakan Sepasukan Bukan Hanya Dirinya!




Peningkatan yang terus ditunjukkan oleh skuad Liverpool memberikan keyakinan buat Virgil Van Dijk bahawa akan lebih banyak kejayaan yang akan diraih oleh pemenang Liga Juara-juara itu.
Van Dijk adalah kunci utama sepanjang musim ini dalam kejayaan The Reds menjulang trofi ke-enam Liga Juara-juara dengan kemenangan ke atas Tottenham di Madrid.
Pasukan Jurgen Klopp sudahpun mencatatkan kutipan mata yang luar biasa dengan 97 mata meskipun menamatkan musim di kedudukan kedua Liga Perdana, hanya ketinggalan satu mata di belakang City, yang merupakan satu peningkatan besar dari musim 2017/2018.
Dengan kejayaan di Eropah bukanlah satu kepuasan besar, Van Dijk yakin akan lebih banyak kejayaan pada tahun-tahun akan datang untuk Liverpool.
"Saya fikir masa depan adalah sangat cerah," kata pertahanan tengah Liverpool, yang merupakan penerima anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA.
"Kami mempunyai pasukan yang luar biasa dengan pemain yang mahukan peningkatan, yang sentiasa memberikan segalanya untuk pasukan dan kelab ini.
"Terdapat begitu banyak kualiti dalam pasukan ini, kadangkala anda tidak menyedari betapa bagusnya pemain yang kami ada - dan begitu juga yang berada di bangku simpanan yang mahu bermain dan menjadi sebahagian daripada pasukan. Jadi kami mempunyai masa depan yang hebat akan datang."
Van Dijk bermula dalam setiap perlawanan Liga Perdana Inggeris pada musim lalu dengan menyaksikan The Reds melepaskan defisit gol paling sedikit berbanding pasukan lain.
Bintang Belanda itu juga hanya terlepas hanya satu perlawanan dalam Liga Juara-juara - yang disebabkan oleh penggantungan - dan menjadi pemain pertahanan paling cemerlang dalam dunia bola sepak.
Tetapi meskipun Van Dijk menghargai tahap tertinggi dalam persembahannya, dia lebih memilih pujian itu untuk dikongsi bersama ahli pasukannya yang lain.
"Saya menjadi konsisten. Saya merasakan sesuatu yang hebat, dengan bantuan yang jelas dari semua rakan sepasukan saya. Tetapi semua orang adalah luar biasa," kata pemain berusia 27 tahun itu.
"Jika anda melihat keseluruhan pasukan, Robbo mempunyai musim terbaiknya. Trent begitu hebat pada usianya yang sangat muda, sangat matang. Dan kesemua pertahanan tengah. Dan yang jelas kesemua rakan sepasukan mempamerkan persembahan pada tahap yang terbaik."