Sindiran Sinis Mohamed Salah Terhadap Harry Kane Menjelang Final Liga Juara-juara!




Mohamed Salah memberi sindiran terhadap Harry Kane menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara Liverpool menentang Tottenham. 
Pasukan Jurgen Klopp akan menghadapi pasukan bimbingan Mauricio Pochettino di Wanda Metropolitano pada petang Sabtu untuk menentukan siapa yang akan memenangi kejuaraan terbesar Eropah itu. 
Tetapi menjelang perlawanan akhir, Salah tidak dapat menolak menyatakan fakta bahawa dia telah menjaringkan lebih banyak gol daripada Kane di Liga Perdana Inggeris untuk dua musim berturut-turut. 
Dalam satu wawancara bersama Gary Lineker untuk BT Sport, Salah ditanya sama ada beliau lebih suka Harry Kane untuk terlepas aksi dalam perlawanan akhir atau tidak. 
"Bolehkah saya bertanya mengapa anda bertanya kepada saya soalan itu?" Jawab Salah.
Dan apabila Lineker memaklumkan kepadanya bahawa jika dia bermain untuk Liverpool, dia lebih suka Kane untuk terlepas perlawanan tersebut, Salah menjawab: "Saya lebih suka jika dia bermain dan kami semua akan bersedia. 
"Ia persaingan yang baik apabila anda bermain menentang yang terbaik dalam permainan.
"Harry Kane adalah pemain yang baik, dia telah membuktikannya selama bertahun-tahun. 
"Dia penjaring terbanyak untuk pasukan, untuk bola sepak Inggeris ... sebelum saya datang [ketawa], saya minta maaf! 
"Jadi, ianya baik untuk berada di perlawanan akhir, ia adalah sesuatu yang baik untuk mendorong saya lebih banyak lagi."