Jurgen Klopp Menyindir Kenyataan Pep Guardiola Yang Mengatakan Menjuarai Liga Perdana Inggeris Lebih Penting Dari Liga Juara-juara!




Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tampil untuk menolak kenyataan dari Pep Guardiola yang mengatakan bahawa dia tidak berminat untuk memenangi Liga Juara-juara.
Pasukan bimbingan Klopp sedang dalam persiapan untuk menghadapi Tottenham di perlawanan akhir Liga Juara-juara Sabtu ini selepas terlepas peluang menjuarai Liga Perdana Inggeris meskipun mengumpul mata tertinggi sebanyak 97 mata.
City tersingkir dari Liga Juara-juara di peringkat suku akhir dalam satu perlawanan dramatik menentang Tottenham.
Bagaimanapun, Guardiola mendakwa bahawa dia tidak begitu kecewa kerana memenangi kejuaraan domestik adalah lebih penting.
"Saya tahu orang berkata bahawa saya datang ke sini untuk memenangi Liga Juara-juara, tetapi saya tidak datang ke sini untuk memenangi Liga Juara-juara, secara jujurnya," katanya pada bulan April.
"Saya sudah katakan banyak kali bahawa Liga Perdana, bagi saya, adalah kejuaraan yang lebih penting, menunjukkan setiap tiga hari bahawa anda berada di sana. Berada di luar sana setiap masa untuk menunjukkan mesej yang baik."
Klopp ditanya mengenai komen pengurus Sepanyol itu menjelang perlawanan akhir Liga Juara-juara di Stadium Wanda Metropolitano, di Athletico Madrid.
Dan pengurus Jerman itu nyata menyindir Guardiola dengan mengingat para wartawan bahawa dia tidak pernah layak ke perlawanan akhir pertandingan itu sejak tahun 2011.
"Pep harus mengatakan itu kerana dia tidak berada di perlawanan akhir Liga Juara-juara buat masa ini," kata Klopp.
"Dia pengurus yang hebat dan dia layak menerima semua pujian yang dia dapat. Kami cuba untuk memenangi Liga Perdana musim ini. City adalah pasukan yang lebih baik. Tetapi terdapat pertandingan yang lain di mana kami lebih baik."
Jurgen Klopp berada dalam landasan yang tepat untuk menambah koleksi kejuaraan Liga Juara-juara Liverpool kepada enam dengan menewaskan Tottenham di Madrid. Tetapi ia akan menampilkan perlawanan yang sengit di antara kedua pasukan dari Liga Perdana Inggeris itu.