Louis van Gaal Menasihatkan Pemain Sasaran United Matthijs de Ligt Untuk Menyertai Manchester City!




Kedua-duanya Louis van Gaal dan bekas pengurus Ajax Peter Bosz menggesa Matthijs de Ligt untuk menolak sebarang tawaran dari Manchester United dan Barcelona sebaliknya menyertai Manchester City. 
Bintang muda Belanda itu berada di pasaran perpindahan musim panas ini, dengan Barca menjadi pendahulu untuk mendapatkan tandatangannya sebelum United menawarkan kedua-duanya pemain pertahanan tengah itu dan ejennya, Mino Raiola, tawaran yang lebih menguntungkan. 
Van Gaal, yang sebelum ini merupakan pengurus di Old Trafford, dan Bosz, kedua-duanya percaya yang terbaik untuk De Ligt adalah berpindah ke Manchester - tetapi bukan ke United sebaliknya ke Manchester City.
"Saya rasa De Ligt sangat sesuai dengan Manchester City," Bosz, yang bekerja dengan pemain berusia 19 tahun di Ajax, memberitahu FOX Sports. 
"Vincent Kompany sudahpun pergi dan Nicolas Otamendi tidak cukup baik. Kemudian saya akan suka untuk melihat dia berada di sebelah Aymeric Laporte."
Van Gaal juga bersetuju: "Saya fikirkan perkara yang sama. Walaupun De Ligt juga boleh pergi ke Barcelona, kerana saya tidak suka pertahanan tengah yang mereka ada sekarang. 
"Dia boleh bermain di Barcelona, tetapi dia juga boleh bermain untuk Manchester City, dan dalam hal ini saya akan memilih Pep Guardiola lebih dari Lionel Messi."
De Ligt dipercayai mungkin akan memilih perpindahan ke Barcelona di mana dia akan bergabung semula dengan rakan sepasukannya di Ajax dan merupakan rakan baiknya Frenkie de Jong, yang bersetuju untuk berpindah ke Camp Nou pada bulan Januari yang lalu.
Pihak atasan United bimbang minat mereka sendiri akan digunakan untuk mendapatkan tawaran yang lebih baik untuk De Ligt, dengan pemain muda itu sudahpun berminat untuk menyertai Barca, sementara City juga dipercayai berada di pasaran perpindahan untuk mencari pertahanan tengah yang baru dan telah dikaitkan dengan bintang Leicester City, Harry Maguire.