Info Terkini Mengenai Tahap Kecederaan Dejan Lovren Dan Reaksi Klopp Mengenai Pembelian Pertahanan Baru Januari Ini!




Liverpool perlu menunggu untuk mengetahui perkembangan mengenai kecederaan Dejan Lovren selepas pertahanan tengah itu dikeluarkan ketika menentang Wolves. 
Lovren dikeluarkan selepas hanya enam minit bermain dalam pertembungan Piala FA, dan dengan ketiadaan pertahanan tengah berpengalaman di bangku simpanan Liverpool, Jurgen Klopp terpaksa memasukkan Ki-Jana Hoever yang baru berusia 16 tahun. 
Fabinho bermain di posisi pertahanan bersama-sama dengan James Milner dan bintang muda itu, tetapi Liverpool kelihatan tidak bermain dengan kesefahaman yang betul apabila Lovren keluar dari permainan.
Lovren seolah-olah mengalami masalah hamstring dan dengan Virgil van Dijk dan Joel Matip juga dalam proses rawatan dari kecederaan, Liverpool kini boleh dikatakan mengalami krisis di bahagian pertahanan mereka. 
"Saya tidak tahu buat masa ini," Klopp menjawab soalan mengenai berapa lama Lovren mungkin akan diketepikan. 
Klopp juga ditanya sama ada Liverpool kini akan memasuki pasaran perpindahan bulan ini dengan senarai kecederaan pemain di bahagian pertahanan mereka terus meningkat.
"Bolehkah anda menggunakan pasaran perpindahan untuk membuat penyelesaian selama dua minggu? Ianya sangat sukar, " katanya. 
"Saya tidak tahu dengan tepat mengenai Dejan, kelihatan ia seperti masalah otot. 
"Saya ada bertanya kepada dia, tetapi dia tidak berada dalam keadaan yang baik pada ketika itu.
"Kita tidak boleh menggunakan dia dan dia dan dia dan Dejan juga berada di tepi. Ia adalah masa yang kurang baik. 
"Saya tidak melihat penyelesaian selama tempoh dua minggu, kecuali peraturan akan berubah sepenuhnya." 
Liverpool telah dikaitkan dengan pemain pertahanan Brighton Pascal Gross sepanjang minggu ini di tengah-tengah peningkatan krisis kecederaan mereka. 
The Reds perlu pulih dengan kadar segera untuk persediaan perjalanan ke Brighton pada hari Sabtu ini, dan pemain tengah Brazil Fabinho akan terus bermain di posisi pertahanan tengah untuk perlawanan yang akan datang.