Manchester United Telah Menetapkan Bayaran Kepada Inter Milan Untuk Romelu Lukaku!




Manchester United mahukan lebih daripada £ 80 juta untuk pemain sasaran Inter Milan, Romelu Lukaku pada musim panas ini. 
Bintang Belgium titu elah diberitahu bahawa dia boleh pergi meninggalkan Old Trafford kerana dia tidak dianggap sesuai untuk gaya permainan bola sepak yang mahu diterapkan Ole Gunnar Solskjaer di Theatre of Dreams. 
Lukaku ditandatangani oleh United pada tahun 2017 apabila kelab itu mengalahkan Chelsea untuk mendapatkan tandatangannya dan bayaran awal sebanyak £ 75 juta.
Walau bagaimanapun, bayaran itu boleh meningkat sehingga £ 90 juta dengan bayaran tambahan dan United ingin mendapatkan sebanyak mungkin sebelum membenarkan Lukaku pergi.
Pemain Belgium itu berjaya menjaringkan 28 gol dalam 55 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris untuk United dan merupakan penjaring terbanyak bagi Belgium. 
Pada usia 26 tahun, United merasakan bahawa mereka berhak untuk menuntut kira-kira £ 80 juta untuk penyerang itu dan yakin akan mendapatkannya, menurut Times.
Antonio Conte bakal mengambil alih tugas di San Siro dan dia mahu menjadikan Lukaku sebagai pembelian pertamanya di kelab itu, selepas telah gagal sebanyak dua kali sebelum ini. 
Lukaku dilaporkan telah bersetuju atas syarat-syarat peribadi dengan pegawai-pegawai Inter melalui perjalanan pendeknya ke Itali pada awal bulan ini.
Solskjaer mahukan penyerang yang lebih 'fleksibel' sebaik sahaja Lukaku pergi, walaupun dia menganggap Marcus Rashford sebagai penyerang tengah utamanya.
United mensasarkan pertahanan tengah, pertahanan kanan, pemain tengah, pemain sayap kanan dan pengganti untuk Lukaku sekiranya dia meninggalkan kelab itu musim panas ini. 
Sebarang bayaran yang diperolehi hasil penjualan Lukaku akan menambah dana perbelanjaan untuk Solskjaer, yang dipercayai sekitar £ 200 juta.