David Luiz Menggesa Roman Abramovich Untuk Mengekalkan Maurizio Sarri Di Stamford Bridge Musim Depan!




Bintang Chelsea, David Luiz tampil mempertahankan musim sulung Maurizio Sarri di Stamford Bridge dan berkata kelab itu harus melakukan segala yang mereka mampu untuk memastikan dia kekal musim panas ini. 
Pengurus Itali itu merasai kejuaraan pertama dalam kerjayanya dengan kemenangan 4-1 terhadap Arsenal di perlawanan akhir Liga Europa di Baku pada hari Rabu. 
Chelsea menduduki tangga ketiga dalam carta Liga Perdana Inggeris dan tewas menerusi sepakan penalti kepada Manchester City dalam perlawanan akhir Piala Carabao. 
Walau bagaimanapun, Sarri terpaksa berdepan dengan persoalan yang berterusan mengenai masa depannya dengan sebahagian besar dari peminat Chelsea tidak memberi sokongan terhadapnya dari permulaan musim.
Juventus dipercayai berminat untuk melantik Sarri sebagai pengganti kepada Massimiliano Allegri tetapi Luiz telah meminta Chelsea untuk mengekalkan pengurus Itali tersebut.
Ditanya sama ada kelab perlu mengekalkan Sarri, Luiz menjawab: "Ya. Dia memang hebat. Dia melakukannya dengan hebat sepanjang musim ini walaupun dengan semua kesukaran yang kami ada. 
"Ia musim pertamanya di Chelsea, yang pertama dalam bola sepak Inggeris. Beliau adalah seorang yang hebat, seorang lelaki yang hebat, seorang pengurus yang hebat dan kami berjaya menamatkan musim ini dengan cara yang terbaik untuk dia kerana kami telah berjaya memenangi trofi menggunakan caranya.
"Walaupun selepas kami melepaskan gol pada kedudukan 3-1, kami terus memainkan falsafah bola sepaknya dan terus mencuba menjaringkan lebih banyak gol. Ia adalah penghujung musim yang terbaik untuk dia dan dia layak mendapatkannya.
"Ia terpulang kepada kelab untuk membuat keputusan, tetapi saya sangat gembira dengan dia. Kadangkala kita bersama orang yang mana kita bekerja dengan lebih baik daripada keluarga kita. Kami membuat beberapa hubungan. Saya fikir Maurizio melakukannya dengan kami. Beliau mempunyai beberapa hubungan dengan kami, itulah sebabnya dia suka dengan kumpulan ini."