Unai Emery Akui Tetap Berbangga Terhadap Skuad Dan Peminat Arsenal Meskipun Tewas Kepada Chelsea Di Baku!




Pengurus Arsenal, Unai Emery berkata, dia tetap 'bangga' dengan kelab dan penyokongnya atas usaha mereka sepanjang musim ini walaupun tewas 4-1 dalam perlawanan akhir Liga Europa kepada Chelsea.
The Gunners gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara kerana menamatkan saingan di kedudukan kelima dalam carta Liga Perdana Inggeris dan perlu mengalahkan Chelsea di Baku, Azerbaijan untuk menempatkan diri dalam pertandingan tersebut. 
Bagaimanapun, dua gol dari Eden Hazard dalam penampilan terakhirnya untuk kelab itu serta gol dari Pedro dan Olivier Giroud berjaya memastikan trofi itu akan dibawa ke barat London. 
Emery telah memenangi semua tiga perlawanan terakhirnya dalam pertandingan itu dan pengurus Sepanyol itu mengakui dia sangat kecewa apabila dia memuat naik menerusi akaun Twitternya pada Khamis malam tetapi menegaskan bahawa proses 'pembangunan semula' menjelang musim depan sudahpun bermula.
"Tidak mudah untuk mencari kata-kata untuk menggambarkan apa yang kita rasakan hari ini, tetapi ini adalah yang paling penting: Bangga ... terhadap pasukan kami, kelab kami, peminat kami, usaha kami semua sejak hari pertama," kata Emery. 
"Bangga menjadi sebahagian daripada keluarga Arsenal. Hari ini kita mula membina Arsenal untuk musim depan. Bergerak ke hadapan bersama!"
Kegagalan Arsenal untuk menang di Baku bermakna bajet Emery pada musim panas ini mungkin adalah sederhana sekitar £ 45 juta. 
Pengurus Sepanyol itu terbuka untuk membiarkan Mesut Ozil pergi meninggalkan kelab itu untuk mendapatkan lebih dana, sekaligus dapat meringankan bebanan kelab membayar gaji tinggi untuk pemain Jerman itu.