Chelsea berjaya mendapatkan salah satu kemenangan yang paling kontroversi musim ini di Cardiff pada petang Ahad.
Anak buah Maurizio Sarri hampir menerima kekalahan selepas persembahan yang buruk - tetapi berjaya menghidupkan kembali permainan mereka di penghujung permainan, dengan bantuan beberapa keputusan yang bernasib baik.
Yang pertama datang pada minit ke-85 selepas Cesar Azpilicueta menjaringkan gol penyamaan untuk The Blues.
Menerusi sepakan sudut, Marcos Alonso menyentuh bola melintasi hadapan gol dan kapten Chelsea itu berjaya menanduk dari jarak dekat untuk gol pertama Chelsea - namun hasil ulangtayang menunjukkan dia berada di kedudukan offside semasa jaringan gol dilakukan.
Gol itu tetap diberikan, dan perkara-perkara yang lebih mengecewakan untuk Cardiff berlaku beberapa minit kemudian.
Penyerang, Kenneth Zohore mempunyai peluang yang jelas untuk menjaringkan gol sebelum dijatuhkan oleh Antonio Rudiger, yang merupakan pertahanan terakhir pada masa itu.
Sepatutnya menerima kad merah, pengadil Craig Pawson sebaliknya hanya memberikan layangan kad kuning.
Beberapa minit kemudian, Chelsea melakukan serangan dan berjaya menjaringkan gol. Permainan itu tamat dengan kedudukan 2-1 dan menyebabkan pengurus Cardiff, Neil Warnock kelihatan marah selepas tamat perlawanan.
Ia sangat mengejutkan, memandangkan beberapa keputusan pengadil yang mengubah permainan berpihak kepada pasukan lawan.
Semasa persidangan akhbar selepas perlawanan, pengurus Bluebirds itu mengkritik pengadil di Liga Perdana, dengan melabelkan mereka sebagai yang paling teruk dalam permainan.
"Liga terbesar dan terbaik di dunia tetapi mungkin mempunyai pengadil terburuk pada saat ini," kata Warnock.
"Menghadapi pasukan besar, anda perlu mempunyai VAR kerana anda tidak mendapat keputusan yang penting.
"Gol penyamaan adalah merupakan gol kemenangan yang sebenarnya, dan jika anda tidak dapat melihat di seluruh garisan dan melihatnya sebagai offside saya tidak tahu mengapa kita masih berada dalam permainan."
Selain menyatakan rasa tidak puas hatinya secara jelas terhadap pengadil, Warnock juga mengatakan dia mungkin akan menurunkan skuad bawah 23 tahun Cardiff untuk menentang Manchester City pada pertengahan minggu ini- kerana dia mengatakan ia tidak penting siapa yang akan bermain.
"Kami terus menerima kekecewaan. Saya mungkin akan menurunkan skuad bawah 23 tahun pada hari Rabu ini menentang Manchester City dan cuba mengubahnya sehingga 10 atau 11 pemain," kata Warnock selepas perlawanan kepada The Sun.
"Tidak kira siapa yang bermain pada masa ini, ianya bergantung kepada siapa yang memegang bendera di tangannya dan siapa yang mempunyai wisel.
Ia agak tidak mungkin melihat Neil Warnock akan menurunkan pasukannya yang lemah pada hari Rabu ini, memandangkan Liga Perdana telah menetapkan semula pada tahun 2010 selepas Mick McCarthy melakukan perkara yang serupa,
Wolves dikenakan denda sebanyak £ 25,000 apabila dia membuat 10 perubahan pada pasukannya yang bermain menentang Manchester United - dan jika Warnock melakukan hal yang sama, keputusannya itu mungkin akan memberi kesan yang besar terhadap perlumbaan merebut kejuaraan liga musim ini.
Pasukan bawah 23 tahun Cardiff sudah pasti akan tewas kepada pasukan bimbingan Pep Guardiola dan kutipa tiga mata itu akan menyaksikan mereka melonjak ke atas Liverpool dan berada di puncak liga.
Tiada ulasan
Catat Ulasan