Mesut Ozil menggembirakan para peminat Arsenal dengan reaksi semasa temu bualnya selepas The Gunners merampas kedudukan ketiga liga daripada musuh London utara mereka iaitu Tottenham dalam carta Liga Perdana Inggeris.
Gol dari Aaron Ramsey dan Alexandre Lacazette membantu Arsenal menewaskan Newcastle United 2-0 di Emirates pada hari Isnin dan berjaya melonjak ke tangga ketiga.
Tottenham mendahului sepuluh mata dari pasukan Unai Emery hanya sebulan yang lalu tetapi kini mendapati diri mereka dalam persaingan sengit untuk menamatkan musim ini di kedudukan empat teratas liga.
Ketika Ozil ditanya mengenai Spurs dalam satu temubual selepas perlawanan, pemain antarabangsa Jerman itu tersenyum sebelum berkata: "Matlamat kami adalah berada di kedudukan empat teratas, jadi kami gembira berada di hadapan [Tottenham].
"Anda tahu [sambil ketawa] ... sentiasa ada persaingan dengan mereka."
Ozil, yang dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan selepas persembahan yang mengagumkan, menambah: "Tugas saya adalah untuk memberikan segala-galanya di atas padang, seperti yang saya lakukan hari ini.
"Saya hanya mahu membantu rakan sepasukan saya memenangi perlawanan. Kami bermain dengan baik sebagai satu pasukan dan sekarang kami berad di kedudukan ketiga. Kami sangat gembira dengan itu."
Kemenangan ke atas Newcastle telah menyaksikan The Gunners memenangi kesemua 10 perlawanan terakhir bermain di tempat sendiri.
Tiada ulasan
Catat Ulasan