Sadio Mane percaya gol di minit akhir oleh Liverpool yang tidak dijangka ketika menentang Tottenham adalah satu "petanda yang sangat baik" bahawa The Reds akan memenangi kejuaraan Liga Perdana musim ini.
Anak buah Jurgen Klopp kembali berada di tangga teratas dengan mengutip 79 mata dan kini mempunyai kelebihan dua mata berbanding Manchester City di tempat kedua.
Bagaimanapun, mereka kelihatan seperti akan berakhir dengan keputusan seri menentang pasukan bimbingan Mauricio Pochettino pada hari Ahad sehinggalah gol sendiri dari Toby Alderweireld hadir di minit-minit akhir perlawanan.
Beberapa laporan mengatakan bahawa gol di minit ke-90 Liverpool menentang kelab utara London itu membuktikan yang kini nasib kejuaraan Liga Perdana Inggeris ditakdirkan untuk ke Anfield.
Apabila ditanya sekiranya gol lewat oleh pasukannya menentang Spurs memberi petanda kejuaraan Liga Perdana bakal menuju ke Liverpool, Mane menjawab: "Saya tidak tahu kerana kami mempunyai beberapa perlawanan lagi untuk dimainkan, tetapi itu adalah petanda yang baik.
"Itulah yang membuatkan anda lebih bermotivasi dan membuatkan semua orang berkata 'Mari kita pergi, kita boleh melakukannya ', jadi saya fikir ia sentiasa penting.
"Ini adalah satu petanda yang sangat-sangat baik dan saya fikir semuanya boleh dilakukan, jadi mari kita lakukan dan memenanginya."
Namun, pemain antarabangsa Senegal mengakui bahawa Liverpool perlu memenangi semua baki perlawanan mereka musim ini jika mereka mahu menjulang piala tersebut.
"Sejujurnya saya fikir kita perlu memenangi semua baki perlawanan, walaupun ia adalah tidak mudah," tambahnya.
"Tetapi kami masih boleh memenangi setiap perlawanan kerana kami adalah pasukan yang baik dan kami bermain dengan sangat baik."
Perlawanan seterusnya bagi Liverpool adalah menentang Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada malam Jumaat (
Tiada ulasan
Catat Ulasan