Gareth Southgate - "Jordan Henderson Pemain Kurang Diberi Perhatian Tetapi Dia Sangat Penting Untuk England"




Jordan Henderson berkata bahawa dia berasa sangar berbangga dengan dia kini bersedia untuk membuat penampilannya yang ke-50 buat The Three Lions tetapi pemain tengah itu hanya akan melihat kembali kerjayanya bersama England apabila tiba hari terakhir dia bermain.
Henderson berada di kelab asalnya Sunderland ketika dia dipanggil untuk membuat penampilan pertamanya bersama skuad antarabangsa oleh pengurus England Fabio Capello dalam persahabatan menentang Perancis hampir lapan tahun setengah yang lalu.
Sekiranya kapten Liverpool itu diturunkan bermain dalam perlawanan Kelayakan Eropah Kumpulan A menentang Montenegro pada malam Isnin ini, maka dia akan menjadi pemain ke-59 untuk mendapatkan 50 penampilan untuk England.
"Saya sangat bangga bermain untuk negara saya setiap kali, tetapi saya adalah jenis orang yang tidak terlalu memikirkan tentangnya terlalu banyak," kata Henderson.
"Mungkin apabila saya menamatkan kerjaya saya, saya akan dapat melihat kembali ke belakang, tapi pada ketika ini saya hanya ingin menumpukan perhatian untuk melakukan yang terbaik untuk pasukan, bermain seberapa banyak yang saya mampu untuk negara saya, dan memberikan segala-galanya.
"Apabila saya menamatkan kerjaya saya, saya dapat melihat kembali dan kemudian memutuskan sama ada ia adalah baik atau tidak."
Pemain pertahanan Chelsea, Gary Cahill adalah pemain Inggeris yang terakhir untuk mencapai penampilan ke 50 pada tahun 2016, dan pengurus Gareth Southgate mengatakan kualiti Henderson adalah pada keupayaannya untuk memperbaiki rakan sepasukannya.
"Kami percaya hanya 59 pemain telah berjaya yang bermula dari kelab yang agak kecil dan  satu penghormatan yang besar [untuk Jordan]. Itu memerlukan komitmen yang tinggi untuk bermain untuk England yang paling penting." Southgate berkata.
"Saya rasa pada tahap peribadi, Jordan mempunyai ciri-ciri sebagai pemain yang saya fikir agak kurang dihargai pada sesetengah masa. Dia adalah pemain yang penting untuk kami dan juga untuk beberapa pengurus terakhir.
"Saya rasa semua orang mengetahui hakikat bahawa dia mempunyai mentaliti untuk menang. Saya fikir pemain yang baik akan membuat pemain yang lain turut bermain dengan baik jadi ia bukan hanya tentang prestasi anda sendiri tetapi impak dan kesan yang anda bawa kepada orang lain."