Reaksi Pep Guardiola Selepas Kekalahan Manchester City Yang Memberi Kelebihan Buat Liverpool Di Puncak Liga!




Pep Guardiola enggan mengkritik pasukannya selepas Manchester City dikalahkan oleh Crystal Palace dalam kejutan terbesar dalam Liga Perdana Inggeris musim ini. 
Ilkay Gundogan memberi City gol pertama di Etihad tetapi Palace kembali memimpin perlawanan dengan keputusan 2-1 pada separuh masa hasil jaringan daripada Jeffrey Schlupp dan Andros Townsend. 
Gol Townsend - satu volley yang luar biasa dari jarak 30 meter - merupakan pencabar untuk gol terbaik musim ini. 
Juara bertahan Manchester City ketinggalan lebih jauh selepas rehat separuh masa apabila Luka Milivojevic menyempurnakan sepakan penalti selepas Max Meyer dijatuhkan di dalam kotak penalti.
Pemain gantian Kevin de Bruyne memberi harapan untuk City kembali menyamakan kedudukan selepas percubaannya terus menerjah penjuru gol Palace namun Palace kekal teguh sehingga keminit akhir perlawanan untuk mereka mendapatkan tiga mata penuh di Etihad.
Kekalahan City bermakna mereka gagal mengurangkan jurang empat mata dengan pendahulu liga Liverpool. 
Tetapi Guardiola berkata: "Kami memulakan perlawanan dengan baik dan mencipta peluang. Kami menjaringkan gol yang hebat dan selepas mereka melepasi garisan tengah padang, mereka menjaringkan gol. 
"Gol ketiga ... kami tidak sepatutnya menghadiahkan penalti. Kita perlu mencuba dan mengelakkannya. Bola sepak adalah seperti ini. Tiga percubaan tepat dan tiga gol.
"Ianya rumit tetapi kami bertarung sehingga minit terakhir. Kami berada di bulan Disember dan kami akan cuba dan kembali dan mencuba untuk memenangi perlawanan lagi. "
Guardiola menambah: "Dua gerakan pertama Crystal Palace melepasi separuh padang, mereka menjaringkan gol. Kami bermain bagus. Gol kedua mereka adalah gol yang luar biasa. 
"Terdapat banyak permainan untuk dimainkan. Kami perlu kembali pulih secara mental dan fizikal kami."
Sementara itu, Roy Hodgson berkata, Crystal Palace telah memenangi tiga mata bonus di Manchester City. 
Kemenangan 3-2 menyaksikan The Eagles naik ke tangga ke-14 dalam carta Liga Perdana Inggeris.
"Ia merupakan persembahan yang sangat tertumpu, fokus dan sangat teliti," kata bekas pengurus England itu. 
"Kami tahu ini akan menjadi sukar. Yang penting ialah kami menyaingi Manchester City dengan sangat baik. Ia adalah hasil kerja yang sangat baik dan tiga mata yang hebat. 
"Kami membawa nasib kami tetapi saya harus mengatakan sepanjang 96 minit pemain layak dan perlu bangga dengan diri mereka sendiri."