Patrice Evra Menasihatkan Ronaldo Untuk Pergi Ke Juventus Dan Bukannya Kembali Ke Old Trafford!




Patrice Evra percaya Juventus adalah kelab yang sempurna untuk Cristiano Ronaldo sertai jika dia mahu terus memenangi trofi - walaupun perlu menolak Manchester United. 
Pemain sayap Portugis itu kelihatan semakin cenderung untuk meninggalkan Real Madrid pada musim panas ini selepas hubungannya yang dingin dengan Florentino Perez, dengan kelab gergasi liga Itali, Juve membuat tawaran sebanyak £ 88 juta untuk membawanya ke Turin. 
Terdapat laporan mengatakan bahawa bekas kelabnya United mahu untuk membawa Ronaldo kembali ke Old Trafford, tetapi Evra - yang bermain untuk kedua-dua kelab tersebut - mahu melihat bintang tersebut bermain di Itali.
Bercakap semasa video secara langsung di Instagram, Evra berkata: "Semua orang bertanya kepada saya, 'Pat apa pendapat anda?"
"Saya tidak bercakap dengan Ronaldo tentang perkara ini, tapi nasihat saya, jika dia mahu terus bermain hingga 2050, dia perlu pergi ke Juventus. Tiada pasukan lain yang dia perlu pergi. Ianya mudah."
"Saya berterima kasih kepada Juve, kerana selepas meninggalkan United saya masih terus bermain dan menang, jadi saya sangat berterima kasih kepada Juve. Anda tidak boleh melupakan jasa yang telah dilakukan kepada anda, jadi Juve sentiasa berada di dalam hati saya."
Selepas menyanyikan secara ringkas lagu Juve, dia meneruskan: "Jadi Cristiano, saya katakan ini kepada anda:buatlah pilihan yang tepat.
"Anda tahu sebanyak mana peminat di Itali menyayangi anda, tetapi ia adalah pengorbanan. Jika anda pergi ke Juve, ianya adalah berusaha dan berusaha dengan kuat lagi. Ianya sukar bukan? tidak kenal erti rehat.
"Tetapi ia adalah pilihan. Sama ada anda mahu terus bermain sehingga 2050 atau hanya mahu meneruskan buat seketika sahaja. Saya boleh katakan kepada anda ini. Jika anda pergi ke Juve, anda akan terus bermain di Piala Dunia dan bukan sebagai 'Mascot', tetapi adalah seorang watak Protagonis. SEORANG PROTAGONIS!"