Kemarau Gol Berakhir Buat Salah, Keita Dan Henderson Dengan Liverpool Kembali Beri Tekanan Buat City!




Naby Keita, Mohamed Salah dan Jordan Henderson memastikan Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk mengalahkan Southampton di St Mary. 
The Reds berada di belakang selepas hanya lapan minit perlawanan apabila Shane Long membawa pasukan tuan rumah di depan dan kelihatan mempunyai banyak peluang di babak pertama perlawanan.
Walau bagaimanapun, hantaran cantik dari Trent Alexander-Arnold telah disempurnakan oleh Keita sebelum rehat separuh masa untuk menyamakan kedudukan. Ia adalah gol pertama pemain tengah itu sejak menyertai kelab. 
Liverpool mendominasi permulaan selepas bermula babak kedua tetapi mereka perlu menunggu untuk mendapatkan kemenangan mereka. Ia hadir apabila Southampton membiarkan mereka terdedah dari satu serangan balas selepas sepakan sudut pasukan tuan rumah dan Salah memulakan larian dari tengah padang sebelum membuat percubaan melepas Angus Gunn.
Gol itu memberikan kegembiraan dan ketenangan buat Liverpool kemudian Roberto Firmino melakukan satu bantuan gol kepada Henderson untuk membolehkan mereka mendahului dengan dua gol. 
Kemenangan itu bermakna Liverpool telah mengembalikan jurang dua mata mereka kepada Manchester City dan tekanan itu akan kembali kepada pasukan Pep Guardiola untuk bertindak balas apabila mereka bertandang ke Crystal Palace minggu hadapan.