Thibaut Courtois menghadapi masa depan yang tidak menentu selepas Zinedine Zidane beri petanda bahawa dia mungkin akan menjual penjaga gol Belgium itu musim panas ini.
Penjaga gol berusia 26 tahun itu berharap dapat menyinar di Bernabeu sejak menyertainya dari Chelsea dengan yuran perpindahan sebanyak £ 40 juta tahun lepas.
Dia berterusan menerima pelbagai kritikan daripada peminat mengenai persembahannya - terutama sekali persembahan buruk dalam kekalahan 4-1 yang memalukan kepada Ajax dalam saingan Liga Juara-juara.
Courtois hanya memperoleh 10 cleansheet daripada 32 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini - melepaskan 42 gol yang menyaksikan Real kini berada dikedudukan ketiga La Liga.
Seperti yang diketahui penjaga gol Belgium itu bukanlah pemain pilihan Zidane, dengan bekas pemenang Piala Dunia itu membuat keputusan mengenai pembeliannya sejak pertama kali dia mengambil alih tugas.
Bekas pemain tengah Juventus itu tidak menurunkan Courtois sebaliknya memilih Keylor Navas dalam kemenangan 2-0 Real Madrid ke atas Celta Vigo sebelum rehat antarabangsa.
Sementara anak Zidane, Luca diturunkan untuk permulaan pertamanya musim ini menentang Huesca pada hujung minggu lalu dalam kemenangan Madrid 3-2.
Bercakap sebelum perlawanan menentang Valencia, Zidane memberitahu wartawan : "Saya akan pastikan kepada anda bahawa tahun depan tiada perbahasan mengenai penjaga gol.
"Sama ada saya akan menurunkan penjaga gol secara tetap tahun depan? Itu bergantung kepada penjaga gol yang saya ada dalam skuad.
"Buat masa ini saya ada tiga penjaga gol yang baik. Tetapi yang pasti tiada perdebatan, saya beritahu anda sekarang. Ia akan menjadi sangat jelas."
Sekiranya bekas penjaga gol pinjaman Athletico itu dijual musim panas ini, ia sepertinya Paris Saint-Germain akan berusaha mendapatkannya.
Courtois sebelum ini menggalakkan Eden Hazard untuk menyertainya di Real Madrid hujung musim ini, meskipun bintang Chelsea itu menyindirnya selepas kesilapan yang dilakukan penjaga gol itu menentang Rusia.
Tiada ulasan
Catat Ulasan