Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memberitahu Paul Pogba bahawa dia tidak akan dibenarkan meninggalkan kelab itu untuk Real Madrid musim panas ini.
Pemain tengah itu mengatakan bahawa perpindahan ke Bernabeu sebagai 'impiannya' semasa sesi wawancara ketika dia bermain bersama Perancis semasa rehat antarabangsa pada bulan Mac.
Pogba terdesak mahu meninggalkan kelab itu untuk Barcelona pada musim panas lalu selepas tidak menjadi pilihan di bawah Jose Mourinho tetapi Solskjaer telah menghidupkan semula kerjaya pemain tengah itu sejak mengambil alih kelab pada bulan Disember lalu.
Walau bagaimanapun, Pogba dipercayai berminat untuk bekerja di bawah Zinedine Zidane dan komen terbarunya itu bukanlah sesuatu yang baik untuk di dengar di Old Trafford.
Walaupun dia menolaknya secara terbuka, Solskjaer menarik Pogba ke bahagian tepi dalam padang latihan United minggu lalu dan memberitahu pemain tengah itu agar berjumpa dengannya di pejabat.
Menurut Mirror, pengurus Norway itu memastikannya jelas kepada Pogba bahawa dia tidak akan dijual musim panas ini dan memberitahu dia untuk melupakan Real Madrid.
Pogba mempunyai lebih dua tahun lagi dalam kontrak semasanya di Old Trafford dan United mempunyai pilihan memperpanjangkan kepada 12 bulan lagi.
Kelayakan untuk ke Liga Juara-Juara akan menjadi sangat penting buat United untuk mengekalkan pemain Perancis itu tetapi United kini berada di tangga keenam dalam carta liga.
Kehilangan Pogba juga akan memberi isyarat yang buruk kepada pemain seperti David De Gea, yang mempunyai baki 12 bulan dalam kontraknya dan sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan kelab tersebut.
Tiada ulasan
Catat Ulasan