Ole Gunnar Solksjaer Mendedahkan Topik Perbincangan Pasukan Yang Memberi Inspirasi Dalam Kemenangan United!




Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan bahawa dia bercakap mengenai kemenangan Ajax ke atas Real Madrid dalam perbincangan bersama pasukannya sebelum pertembungan Liga Juara-Juara Manchester United menentang PSG. 
The Red Devils telah menjadi pasukan pertama dalam sejarah Liga Juara-Juara untuk layak ke suku akhir selepas kalah di babak pertama di tempat sendiri dengan bolos dua atau lebih gol pada petang Rabu. 
Juara bertahan Perancis PSG memenangi perlawanan pertama dengan keputusan 2-0 di Old Trafford tetapi dengan dua gol dari penyerang Romelu Lukaku pada babak pertama perlawanan dan sepakan penalti di masa kecederaan oleh Marcus Rashford berjaya membawa pasukan Liga Perdana itu layak dengan kelebihan jaringan di tempat lawan. 
Ia adalah kali pertama sejak 2014 melihat Manchester United berjaya layak ke suku akhir Liga Juara-Juara. Ajax juga berjaya mengejutkan Real dengan kemenangan 4-1 di Bernabeu pada hari Selasa.
Bercakap dengan segera selepas perlawanan, Solskjaer berkata: "Ia adalah Liga Juara-Juara. Itulah yang berlaku. Real Madrid dan Ajax - itu yang menjadi topik perbincangan pasukan kami. 
"Mungkin juga mereka [PSG]. Tahun lepas anda melihat perlawanan Real Madrid dan Juventus yang sangat sengit, tahun sebelumnya juga kamu melihat persaingan Barca dan PSG. 
"Ini adalah apa yang kita lakukan di kelab ini."
United tidak mempunyai beberapa pemain utama di Paris tetapi mendahului di minit awal ketika Romelu Lukaku memanfaatkan kesilapan dari pemain pertahanan untuk melepasi Gianluigi Buffon dan menjaringkan gol.
PSG menyamakan kedudukan menerusi Juan Bernat sebelum Lukaku kembali memberikan kelebihan buat United selepas kesilapan tidak sepatutnya dilakukan oleh penjaga gol Gianluigi Buffon. 
Meskipun mendahului, PSG masih berkelebihan satu gol sebelum United diberikan penalti di masa kecederaan dan Rashford berjaya menghancurkan impian tuan rumah. 
Lukaku, yang kini berjaya menjaringkan dua gol dalam tiga penampilan terakhirnya berturut-turut, berkata: "Saya dan Marcus tahu kami boleh melakukan tugas kami hari ini selepas bermain bersama ketika menentang Fulham. 
"Ianya satu kegembiraan dapat bermain dengannya hari ini seperti itu.
"Kami bersetuju untuk meningkatkan tekanan bersama dan saya memberitahu dia setiap kali dia melakukan rembatan saya akan mengikutinya.
"Kami hanya teruskan bermain - semuanya bermula di tempat latihan dan daya saing bermula di sana. Ianya semula jadi buat kami, kami teruskan usaha sehingga pengadil meniup wisel penamat.
Ditanya mengenai masa depannya bersama kelab, pengurus sementara United Solksjaer berkata : "Kami tidak berbincang sekarang. ianya terlalu bising dan ada suasana yang hebat di sana. Sehingga musim panas nanti, kami akan lihat apa yang bakal berlaku."