Jadon Sancho Beri Bayangan Kemungkinan Besar Bakal Sarung Jersi United Musim Hadapan!




Bintang Borussia Dortmund Jadon Sancho berkongsi tweet yang disiarkan oleh Rio Ferdinand yang menggesa Manchester United untuk menandatanganinya di tengah spekulasi yang semakin meningkat mengenai potensi perpindahan pemain sayap itu ke Old Trafford. 
Seperti yang dilaporkan pertama kali oleh Metro.co.uk pada bulan Januari yang lalu, Sancho berada di senarai pembelian musim panas ini oleh United apabila mereka dalam usaha untuk membawa pemain sayap kanan yang baru - walaupun Dortmund berkemungkinan akan menuntut bayaran sebanyak £ 100 juta, satu rekod perpindahan termahal untuk pemain Inggeris. 
Prestasi mendadak Sancho di Bundesliga musim ini membolehkan dia dipanggil buat kali pertama ke dalam pasukan kebangsaan England, dan dia dijangka akan diturunkan menentang Republik Czech pada malam Jumaat ini.
Tetapi dia jelas tidak begitu obses tertumpu dengan debut pertamanya untuk The Three Lions, dengan membuat 'retweet' pada komen Rio Ferdinand pada malam Khamis di mana bekas pemain pertahanan United itu berkata dia akan gembira untuk melihat Sancho bergabung dengan United. 
"Saya akan membawanya [di United] sepanjang hari," kata Ferdinand kepada Goal.com. "Bintang Inggeris, muda, dahagakan peluang dan berbakat, itu sahaja yang perlu saya ketahui."
Sancho menyertai Dortmund dari Manchester City, tetapi tiada klausa pembelian balik dalam perjanjian itu, dan Ole Gunnar Solskjaer dipercayai merupakan peminat besar kepada pemain muda tersebut.
Ferdinand juga salah seorang yang meminatinya, sambil menambah: "Saya telah mengenali Jadon sejak dia masih kecil, mengenali dia melalui kawan-kawan. Saya telah mengenali keluarganya sejak dia masih kecil, sebelum dia dilahirkan.
"Dia mempunyai mentaliti itu. Mentaliti adalah perkara paling utama berbanding yang lain, sama ada dia mempunyai kebolehan dari segi fizikal ataupun tidak. 
"Mentaliti pemain remaja itu, meninggalkan Manchester City, yang mahukan dia kekal, hanya berkata "Kebolehan saya mampu dan saya fikir saya dapat melakukannya dengan segera, sekarang. Saya tidak akan menunggu lagi". 
"Dan dia telah pergi dan melakukan itu. Anda perlu menghormati perkara itu. Jadi jika seseorang bertanya kepada saya sama ada saya akan mengambil Jadon Sancho, dengan segala hormat kepada Borussia Dortmund, saya akan mengatakan ya, 100 peratus.