Eden Hazard Menyindir Dan Mentertawakan Kesilapan Bodoh Thibaut Courtois Ketika Menentang Rusia!




Eden Hazard mentertawakan rakan sepasukannya Belgium, Thibaut Courtois selepas penjaga gol itu menghadiahkan gol buat Rusia dalam perlawanan pembukaan kelayakan Euro 2020 pada malam Khamis. 
The Red Devils berada di hadapan pada malam itu menerusi Youri Tielemans tetapi jaringan itu berjaya disamakan beberapa minit kemudian selepas Courtois lambat mengeluarkan bola dan menendangnya terus ke arah Denis Cheryshev, yang dengan mudah menjaringkan gol tanpa penjaga gol. 
Tetapi nasib yang baik untuk Courtois, selepas bekas rakan sepasukan Chelsea Hazard menjaringkan dua gol untuk menutupi kesilapan itu, satu gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-45 dan memastikan kemenangan buat Belgium menerusi jaringan keduanya di minit akhir perlawanan menjadikan keputusan 3-1.
Selepas itu, Hazard tidak dapat mengelak dari mentertawakan Courtois atas kesilapannya, dengan mendakwa penjaga gol itu telah menonton terlalu banyak video klip mengenai dia. 
"Saya fikir dia melihat terlalu banyak video tentang saya, dia cuba untuk menggelecek seperti saya!' Hazard tersenyum bercakap kepada RTBF selepas perlawanan.
"Tetapi ia bukan perkara yang sama kerana dia agak tinggi, ia nyata lebih rumit. Ia memerlukan masa yang lebih lama menerusi internet dan dan lakukan buzz!"
Pertahanan Tottenham Hotspur Jan Vertonghen dengan nada bersimpati, memberitahu Sky Sports: "Saya rasa Thibaut menunggu terlalu lama dan ini terjadi dalam bola sepak. Kita semua melihat apa yang berlaku. "
Kesilapan itu merupakan petanda musim yang buruk untuk Courtois, yang telah membuat beberapa kesilapan bersama Real Madrid musim ini. 
Tempatnya dalam kesebelasan utama kini sedang mengalami ancaman selepas ketibaan Zinedine Zidane, dengan pengurus Perancis itu dengan segera kembali menggunakan Keylor Navas sebagai penjaga gol No.1 Real Madrid, dan kesilapan yang dilakukan menentag Rusia tidak menambah baik keadaan terutama dalam pemilihan penjaga gol utama.