Granit Xhaka Akui Arsenal Bukanlah Hentian Terakhir Dalam Kerjayanya!




Granit Xhaka telah memberi pembayang mengenai kerjayanya di Arsenal dengan mendedahkan bahawa dia sedang mempertimbangkan untuk membuat perpindahan mengejut dari Arsenal. 
Pemain berusia 26 tahun itu telah menjadi pemain pilihan di kalangan peminat kelab itu sejak perpindahannya bernilai £ 35 juta dari Borussia Monchengladbach pada musim panas 2016. 
Xhaka menikmati musim yang paling konsisten dalam sejak menyarung jersi Arsenal di bawah pengurusan Unai Emery yang telah memberi kepercayaan pada pemain antarabangsa Switzerland itu untuk menjadi kapten dalam beberapa perlawanan musim ini.
Walaupun berkembang baik di bahagian tengah pasukan Arsenal, Xhaka mendakwa bahawa dia masih bercita-cita tinggi dan tidak semestinya menganggap kelab utara London itu sebagai destinasi terakhir dalam kerjayanya.
"Saya sangat bercita-cita tinggi, saya mahu mengambil langkah seterusnya, Arsenal bukanlah perhentian terakhir," katanya kepada Tagblatt. 
Xhaka menandatangani kontrak jangka panjang yang baru pada musim panas yang lalu dan telah mengekalkan tempat dalam pasukan, walaupun dengan ketibaan Lucas Torreira dan Matteo Guunedouzi. 
Arsenal kekal dalam perlumbaan memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan selepas merapatkan jurang mata kepada satu mata dengan pasukan di tempat ketiga Tottenham berikutan kemenangan 2-0 mereka ke atas Manchester United sebelum rehat antarabangsa. 
The Gunners juga telah berjaya layak ke pusingan suku akhir Liga Europa di mana mereka akan bertemu Napoli selepas berjaya menyingkirkan Rennes.