Manchester United Atau PSG? Zlatan Ibrahimovic Pilih Pasukan Pilihannya Untuk Menang Pertembungan Liga Juara-juara!




Zlatan Ibrahimovic percaya kualiti bintang yang ada pada Paris Saint-Germain menjadikan mereka sedikit berkelebihan untuk mengalahkan Manchester United dan layak ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara. 
Penyerang berusia 37 tahun itu mewakili beberapa pasukan berprofil tinggi Eropah sebelum menyertai saingan MLS bersama LA Galaxy pada bulan Mac yang lalu, tetapi tidak pernah berjaya meraih sebarang trofi Liga Juara-Juara. 
PSG memiliki Ibrahimovic selama empat tahun sebelum dia menyertai United pada musim panas 2016 dan Ikon Sweden itu menegaskan bahawa dia tidak mempunyai keistimewaan peribadi apabila melihat kepada undian pusingan 16 terakhir. 
Bagaimanapun, dia berasa PSG akan mempunyai kelebihan dalam dua-dua perlawanan di Old Trafford dan juga Parc des Princes.
"PSG akan bermain menentang satu pasukan yang berada di prestasi terbaik mereka sekarang, jadi apa-apa boleh berlaku dengan United, siapapun yang bakal mereka lawan," kata penyerang itu kepada Fox Sports. 
"Jika anda telah bertanya kepada saya sebelum mereka mempunyai prestasi seperti sekarang, saya akan berkata "OK, jadi PSG adalah pasukan pilihan" tetapi kini saya fikir ianya sukar.
"Tetapi saya fikir PSG adalah sedikit berkelebihan dengan pemain yang mereka ada tetapi siapa pun yang menang, saya tetap gembira. 
"Jadi, siapa pun yang layak ke pusingan seterusnya, saya masih akan mempunyai pasukan pilihan saya dalam Liga Juara-Juara. 
"Jadi saya OK, tidak kisah apa kesudahannya."
Manchester United telah kembali ke tahap terbaik mereka di bawah pengurus sementara Ole Gunnar Solksjaer yang menyaksikan mereka kini berada di kedudukan empat teratas liga dengan melalui semua perlawanan tanpa kalah di bawah pengurus tersebut.