Zlatan Ibrahimovic Beri Pendapatnya Tentang Situasi Tegang Jose Mourinho Dan Paul Pogba!




Zlatan Ibrahimovic mengakui bahawa Paul Pogba tidak menerima kepercayaan dari Jose Mourinho dan mengatakan Ole Gunnar Solskjaer sekarang membiarkan pemain tengah itu melakukan semua perkara yang dia mahukan.
Bintang Sweden itu menghabiskan setahun setengah bersama kedua-dua mereka (Mourinho dan Pogba) sebelum berpindah ke LA Galaxy pada tahun 2018.
Pogba diharapkan dapat mengawal bilik persalinan United selepas ketiadaan Ibrahimovic dan Wayne Rooney tetapi hubungan bintang Perancis itu dengan pengurus Jose Mourinho berubah menjadi keruh sehingga ke penghujung kerjaya pengurus tersebut di Old Trafford.
Solskjaer telah menaikkan semula kerjaya Pogba di kelab itu sejak ketibaannya menggantikan Mourinho secara sementara dan Ibrahimovic akui Pogba kini kembali mendapatkan keyakinan pada dirinya.
"Terdapat pemain seperti ini yang mahukan kebebasan, mereka mahu berasa bebas melakukan apa yang mereka mampu lakukan di bawah disiplin seorang jurulatih," kata Ibrahimovic kepada ESPN.
"Jelas sekali, dia mempunyai taktikal, tetapi sesetengah pemain mereka melakukan lebih dari tahap ini, dan anda perlu membiarkan mereka bebas, dan saya fikir Pogba adalah salah satu daripadanya.
"Paul tidak menerima kepercayaan daripada jurulatih, dan jurulatih tidak mempunyai keyakinan terhadap Paul. Ianya sukar untuk tampil sebagai pemain jika anda tidak menerima kepercayaan dari jurulatih dan anda tidak mempunyai tenaga itu, motivasi itu, dan Jose merasakan hal yang sama tentang Paul.
"Perkara seperti ini berlaku, dan ia juga adalah sebahagian dari permainan, maksud saya, tidak semua orang akan dapat bekerjasama dan melakukannya dengan baik.
"Saya rasakan seperti anda pergi ke satu situasi di mana terdapat halangan dan di antara mereka perlu pergi. Dalam situasi ini, jurulatih pergi dan Paul kembali bebas sekarang."
Solsjaer telah memberikan posisi yang lebih bebas kepada Paul Pogba sejak menggantikan Jose Mourinho dan bintang Perancis itu telah menunjukkan hasilnya dengan berjaya menjaringkan lima gol dan melakukan lima lagi bantuan gol dalam hanya enam penampilan di bawah pengurus Norwary itu.
Pogba meneruskan rentak cemerlangnya dengan menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dalam kemenangan 2-1 menewaskan Brighton dan Ibrahimovic mengatakan dia kini telah dibebaskan.
"Kita sedang menyaksikan Paul yang lebih gembira, Paul yang lebih bebas, lebih kepada 'lakukan apa yang anda mahu lakukan', dan dia menjayakan semua perkara sekarang," kata bintang Sweden itu.
"Ia seperti tenaga baru, darah yang baru masuk, dan sekarang dia bermain sepertimana dia tahu dia mampu bermain. Dan kita tahu siapa Pogba sebenarnya, dan inilah Pogba yang kita mahu saksikan.
"Apabila anda bermain, kegembiraan adalah sangat penting, kerana jika anda berasa terkunci dalam satu situasi, anda tidak dapat menonjolkan diri anda 100% dan bermain dengan 100%."