Perbuatan 'Dive' Dari Mohamed Salah Adalah Sesuatu Yang Memalukan! - Alan Shearer




Mamadou Sakho dan Luka Milivojevic berasa tidak berpuas hati terhadap Mo Salah yang terjatuh dengan mudah di dalam kotak penalti pada babak pertama perlawanan, dan dengan marah menuduh penyerang itu melakukan 'dive'.
Salah telah berhadapan dengan banyak tuduhan mengenai 'diving' dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas memenangi sepakan penalti ketikan menentang Brighton, Newcastle dan Arsenal.
Bintang Mesir itu menjaringkan dua gol dalam kemenangan dramatik 4-3 Liverpool menewaskan Crystal Palace, tetapi Legenda Liga Perdana Inggeris Alan Shearer mengkritik Salah atas sebab melakukan simulasi.
"Kita perlu menyebut tentang perkara ini, saya fikir dia berjaya terlepas satu ketika menentang Newcastle, tetapi ia adalah dive," kata Shearer kepada BBC.
"Dia merasakan sedikit sentuhan dan kemudian sedar selepas beberapa saat kemudian, kemudian terjatuh, dan ya itu adalah dive.
"Sangat memalukan dan bukanlah sesuatu yang baik untuk dilihat.
"Anda dapat melihat bagaimana reaksi para pemain Palace yang kelihatan marah dan ia adalah tindakan yang betul. Mereka menuduh dia melakukan dive dan mereka sememangnya betul."
Salah tidak dilayangkan sebarang kad atas tindakannya itu oleh pengadil Jonathan Moss dan pihak Liga mempunyai kuasa untuk memberikan penggantungan terhadap bintang Liverpool itu.
Meskipun dengan kontroversi itu, Salah menikmati satu lagi perlawanannya yang cemerlang dengan dia berjaya menjaringkan dua gol dan membantu Liverpool kembali menjarakkan tujuh mata di puncak liga.
Salah berjaya menjaringkan gol Liga Perdananya yang ke-50 dan kini ia terpulang kepada Manchester City untuk kembali merapatkan jurang mata dengan menewaskan Huddersfield Town Ahad ini.