Virgil Van Dijk Harapkan Peminat Tidak Terlalu Risau Sebaliknya Terus Beri Sokongan Penuh Buat The Reds!




Liverpool terpaksa hanya berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang Leicester City di Anfield pada malam Rabu dan Virgil Van Dijk percaya perlakuan para peminat sepanjang perlawanan itu adalah tidak sepatutnya berlaku.
Di awalnya ia kelihatan bahawa The Reds bakal memperoleh kemenangan dengan jaringan awal menerusi Sadio Mane. 
Walaubagaimanapun, Harry Maguire berjaya menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama dan walaupun pasukan tuan rumah menguasai hampir keseluruhan perlawanan, tetapi tetap gagal untuk mencari gol kemenangan.
Pengurus The Reds Jurgen Klop mengatakan keadaan padang yang bersalji antara penyebab untuk keputusan perlawanan yang mengecewakan itu, sementara Van Dijk percaya keadaan resah di kalangan peminat di Anfield tidak membantu apa-apa.
"Ia bunyinya seperti itu," kata Van Dijk apabila ditanya adakah peminat tuan rumah kelihatan resah.
'Sudah tentu anda juga mempunyai perasaan itu sama peminat di sekeliling dan saya fikir ia tidak perlu untuk masa ini.
"Tetapi jelas semua orang sangat mahukan kemenangan dan itulah juga yang kami mahukan tetapi kadang-kadang anda perlu bersabar. 
"Kami mahu semua orang untuk terus menyokong kami dan terus menolak kami walaupun kami mempunyai masa yang sukar, walaupun kami ketinggalan 1-0 atau mungkin lebih."
Keputusan seri itu terus memberikan Liverpool kelebihan di puncak Liga Perdana dengan lima mata mengatasi Manchester City yang tewas di Newcastle pada malam Selasa. 
The Reds kembali beraksi apabila mereka bertandang ke London untuk menghadapi West Ham pada petang Isnin.