Maurizio Sarri Menuding Jari Kekalahan Kepada Bournemouth Berpunca Dari Eden Hazard Yang Bermain Tanpa Mengikut Arahan!




Maurizio Sarri menuding jari kepada Eden Hazard dalam satu perjumpaan di bilik persalinan selama 50 minit selepas Chelsea dibelasah teruk oleh Bournemouth pada malam Rabu.
Pengurus Itali itu mengekalkan pemain di bilik persalinan selepas kekalahan 4-0 mereka, malah meminta semua kakitangan jurulatih dan fisio untuk pergi terlebih dahulu supaya dia dapat masa bersendirian bersama para pemainnya.
Bercakap selepas itu, Sarri berkata dia mahu bercakap bersama pemain secara peribadi, tanpa orang lain untuk dia cuba memahami mengapa mereka bermain sangat teruk di separuh masa kedua perlawanan.
Sekarang hal terperinci mengenai apa yang dikatakan Sarri kepada skuadnya telah terbongkar, dengan The Telegraph melaporkan bahawa Pengurus Itali itu mengkritik Eden Hazard atas peranannya dalam kekalahan tersebut.
Sarri menuduh bintang Belgium itu tidak mengikuti arahannya dan bermain dengan cara yang dia mahukan, berbanding bermain seperti yang diarahkan kepadanya.
Bekas pengurus Napoli itu sebelum ini menunjukkan tanda tidak gembira dengan persembahan Eden Hazard pada awal bulan ini dengan mengatakan dia 'lebih kepada permainan secara individu berbanding mempunyai ketua."
Dia menambah : "Untuk dia adalah sukar untuk bermain di hanya satu posisi. Dia suka pergi ke arah bola, dia mahukan bola berada di kakinya, jadi saya fikir ianya sangat sukar untuk bermain sebagai penyerang dan juga sebagai pemain sayap.
"Tetapi saya fikir kami juga perlu menyusun 10 lagi pemain dalam tugas pertahanan kerana dia mahu bermain di semua posisi di atas padang."
Walaupun Sarri nyata marah dengan anak buahnya, dia tetap mengekalkan bilik persalinan mereka dengan tenang dan membincangkan semua masalah yang dilihatnya secara baik - dan meminta tindak balas dari para pemain - meskipun mood pada sesi latihan pada hari Khamis dilabelkan seperti 'bussiness-like'.