Semakin Hampir Cipta Rekod Baru, Solskjaer Tidak Mahu Menerima Pujian Sebaliknya Mahu Pujian Itu Diberikan Kepada Para Pemain!




Ole Gunnar Solskjaer telah melalui permulaan hidup yang luar biasa sebagai pengurus sementara Manchester United selepas berjaya menyamakan rekod permulaan dengan kemenangan oleh Pep Guardiola dan Carlo Ancelotti.
Pengurus Norway itu berjaya melalui enam perlawanan liga pembukaannya sebagai pengurus dengan kemenangan pada hari Sabtu dengan menewaskan Brighton and Hove Albion 2-1 di Old Trafford. 
Keduanya Pep Guardiola dan Carlo Ancelotti mengalami kekalahan pada perlawanan liga ketujuh mereka dan Solskjaer berpeluang untuk mencipta rekod baru dengan menewaskan Burnley pada perlawanan akan datang, namun dia mahu semua pujian diberikan kepada skuadnya. 
Ditanya adakah dia berasa bangga dengan rekod tersebut, dia menjawab : "Saya perlu katakan, para pemain perlu berbangga dengan prestasi mereka dan momentum yang sedang mereka bina. kerana tujuh perlawanan sekarang yang diikuti dengan kemenangan, ia akan mencipta keyakinan.
"Mungkin dalam 10, 15, 20 tahun akan datang saya akan melihat kembali detik seperti ini, saya tidak kisah tentang apa-apa rekod, saya malah tidak pernah terganggu dengan perkara seperti ini. 
"Tetapi sudah tentu menjadi sebahagian dari pasukan yang memenangi banyak perlawanan, ianya satu perasaan yang hebat dan keyakinan itu bertambah di bilik persalinan.
"Semangat berpasukan menyaksikan mereka tidak kehilangan mata hari ini walaupun David De Gea tidak perlu melakukan banyak 'saves' namun terdapat detik-detik yang mendebarkan sehingga ke penghujung perlawanan.
Termasuk kemenangan dalam saingan Piala FA, United kini telah melalui tujuh perlawanan dengan kemenangan buat pertama kali sejak Sir Alex Ferguson yang bertanggungjawab, dan Solskjaer merasakan ia sepatutnya sesuatu yang normal.
Dia menambah: "Pengurus sebelum ini mencabar kami dengan mengatakan 'mengapa kamu tidak boleh melalui 10 perlawanan dengan kemenangan berturut-turut?' kerana selagi mana anda mengambil satu perlawanan ke satu perlawanan, dan bersedia dengan baik, anda sepatutnya melalui mana-mana perlawanan dengan kemenangan. 
"Tetapi sudah tentu kami mempunyai tahun yang sukar di kelab ini dan kami berada di kedudukan kelima sekarang, atau keenam , saya tidak tahu bagaimana perlawanan Arsenal, tetapi ia adalah cabaran untuk membawa kelab ini ke tahap di mana sepatutnya kami berada.