Pep Guardiola Memuji Impak Yang Di Bawa Ole Gunnar Solskjaer Di Old Trafford!




Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memuji permulaan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus Manchester United selepas Jose Mourinho digantikan oleh pengurus Norway itu.
Solskjaer telah memenangi kesemua lima perlawanannya sejak mengambil alih The Red Devils pada bulan Disember yang lalu dan dapat meneruskannya menjadi enam perlawanan berturut-turut jika United mampu mengatasi Tottenham pada hari Ahad ini di Stadium Wembley. 
Itu akan memecahkan rekod Sir Matt Busby dan menjadikan Solskjaer pengurus dengan permulaan terbaik bersama pasukan United, dan Guardiola berasa kagum dengan apa yang telah dilihatnya setakat ini.
"Permulaannya jauh lebih baik daripada saya, saya tewas perlawanan pertama saya dan seri untuk perlawanan kedua," kata Guardiola selepas Manchester City mengalahkan Burton 9-0 di Piala Carabao. 
"Dia memenangi semua perlawanan. Dia seorang pengurus yang muda, memperoleh keputusan yang luar biasa. Saya melihat beberapa minit permainan yang mereka mainkan dan mereka bermain dengan sangat baik.
"Tetapi itu bukan urusan saya untuk membincangkan mengenai pengurus lain, kami mempunyai permainan yang sukar dalam masa terdekat menentang Wolves. 
"Ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Kami mempunyai satu hari rehat dan kemudian bersedia untuk perlawanan ini."
Kedua-dua pengurus itu tidak akan bertemu sehingga pertengahan bulan Mac apabila City akan bertandang ke Old Trafford. 
City kini ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Liga Perdana Liverpool dan akan menentang Wolves untuk aksi Liga yang seterusnya, sementara United ketinggalan enam mata dari pasukan di kedudukan keempat liga Chelsea.