Martin Keown Mengkritik Arsenal Atas Kegagalan Mereka Mengekalkan Aaron Ramsey Di Emirates!




Ketidakupayaan Arsenal mengekalkan Aaron Ramsey di kelab adalah 'mengejutkan' dan 'menghairankan', kata Martin Keown, dan mereka hanya perlu menyalahkan diri mereka sendiri.
The Gunners telah mendapati diri mereka dalam suatu situasi yang dianggap suatu kebiasaan pada musim ini apabila ia melibatkan tentang masa depan pemainnya bersama kelab tersebut.
Selepas sebelum ini melalui situasi yang sama dengan pemain seperti Mesut Ozil, Alexis Sanches, dan Jack Wilshere, kini bintang Wales Aaron Ramsey menghadapi situasi tersebut.
Arsenal gagal memberikan terma yang sesuai, selepas menarik semula tawaran yang mereka berikan sebelum ini, dan akan kehilangan bintang berusia 28 tahun itu yang dikatakan bakal menyertai Juventus.
Keown menganggapnya sebagai sesuatu yang sukar untuk diterima, tetapi percaya persetujuan perpindahan terbaru dan perlanjutan kontrak, telah menyumbang kepada perpindahan yang kurang bernasib baik di Lonton Utara itu.
Bekas pertahanan Arsenal itu memberitahu Daily Mail: "Jika Arsenal menganggap mereka hanya mampu menandatangani pemain secara pinjaman, maka ianya agak 'mengejutkan' bahawa mereka dengan gembira melepaskan pemain mereka tanpa mendapatkan apa-apa.
"Juventus dilihat sebagai destinasi seterusnya buat Aaron Ramsey apabila kontraknya tamat hujung musim ini. Pasukan Gergasi Itali itu akan menerima dia dengan sangat gembira.
"Ramsey telah menunjukkan dirinya dengan maruah yang tinggi musim ini tetapi ia sangat menghairankan bagi Arsenal, antara pasukan terbaik dalam permainan Liga Inggeris, tidak dapat mencapai persetujuan untuk mengekalkan dia.
"Pasukan masih lagi menggerunkan dari aspek serangan. Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette sudah cukup baik untuk memusnahkan mana-mana pasukan di Liga Perdana Inggeris.
"Tetapi perbelanjaan £ 100 juta yang digunakan untuk mendapatkan mereka musim lalu dan bayaran gaji yang tinggi diberikan kepada bintang lain telah menjadi punca situasi ini berlaku.
"Unai Emery perlu melihat kepada barisan pertahanannya -di mana mereka kekurangan pertahanan tengah- dan berharap dia dapat membawa pembaharuan. Sementara itu, Arsenal hanya ketinggalan tiga mata dari kedudukan tangga keempat liga."