Ejen Mengesahkan Chelsea Berminat Dapatkan Roberto Pereyra Dari Watford!




Chelsea berminat dapatkan bintang Watford Roberto 'Maxi' Pereyra, menurut ejen pemain tersebut Sergio Furlan, yang merasakannya kliennya itu kini menikmati musim terbaik dalam kerjayanya.
Pereyra ditandatangani oleh The Hornets pada 2017 atas permintaan pengurus sebelum ini Walter Mazzarri, yang mengikuti perkembangan pemain tersebut ketika dia beraksi di Serie A, termasuk memenangi dua kejuaraan Itali bersama Juventus.
Bintang Argentina itu telah menyerlah di saingan Liga Perdana Inggeris, menjaringkan gol pada perlawanan pertamanya dan berterusan menjadi pemain utama buat pasukan tersebut, dengan menerima pelbagai penghargaan sepanjang proses itu.
Bekas pengurus Mazzarri, yang kini berada di Torino, masih kekal merupakan peminat besar kepada Pereyra, tetapi Furlan mendedahkan bahawa Chelsea juga berminat untuk mendapatkan bekas bintang River Plate itu.
"Mazzarri adalah sebab kenapa Maxi pindah ke England selepas dua tahun berada di Juventus," kata ejen itu kepada Tuttosport."Dia mahukannya ketika di Napoli pada 2012 selepas tahun pertamanya di Udinese. Dia mahukannya untuk Torino pada musim panas juga.
"Chelsea juga berminat tetapi Watford telah menangguhkan semuanya sehingga Jun nanti.
"Dalam pasaran anda tidak mampu untuk berkata tidak, tetapi saya hampir pasti mengatakan tiada perpindahan Januari ini. Dia menumpukan perhatiannya buat kelab dan kelab juga tidak mahu menjualnya di pertengahan musim ini.
"Maxi tidak akan mahu meninggalkan Watford pada waktu-waktu penting ini."
Pada usia 28 tahun, Pereyra kini berada di kemuncak kerjayanya, yang bermaksud perpindahan ke kelab lebih besar adalah perlu jika dia mahu menambah senarai kejayaannya.
Dia sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri, dengan Furlan menegaskan kliennya itu tidak pernah bermain sebaik ini dengan konsisten.
"Maxi sedang memainkan musim terbaiknya," tambah Furlan. "Secara keseluruhannya, sepanjang kalendar tahun 2018 menunjukkan dia benar-benar cemerlang.
"Dia tidak pernah menjaringkan gol yang banyak dalam tempoh kurang 12 bulan - dan kita sedang membincangkan tentang seorang pemain midfielder dan bukannya seorang penyerang."
Pereyra mempunyai peluang untuk menambah jumlah golnya apabila Watford bertandang ke Crystal Palace untuk aksi Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini.